Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bobber Hanway Heritage 400 Kini di Malaysia, Classic 400 Bakal Menyusul
Roda2

Bobber Hanway Heritage 400 Kini di Malaysia, Classic 400 Bakal Menyusul

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SATU lagi jenama motosikal China, Hanway akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan dua model gaya Amerika Syarikat dipanggil Heritage dan Classic.

Dua model itu akan ditawarkan Hanway Malaysia dan didakwa produk pemasangan tempatan (CKD) dari fasiliti di Puncak Alam, Selangor.

Heritage
Classic

Model pertama akan diperkenalkan dalam masa terdekat ialah Hanway Heritage 400, iaitu cruiser (dua pelana) yang boleh diubah menjadi versi bobber (pelana tunggal) mengikut selera pembeli. Harga jualan Heritage RM22,800, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Hanway Classic 400 pula tidak menawarkan opsyen pelana tunggal untuk pembelian standard dan akan dilancarkan selepas selesai pengenalan Heritage.

Hanway Heritage akan diedarkan berperingkat ke premis sekitar 35 pengedar seluruh negara.

Amnya, model Heritage dan Classic menggunakan trenkuasa sama dan berbeza aspek kosmetik sahaja.

Perbezaan paling ketara ialah bentuk pelana, fender belakang, bar genggam pembonceng dan kapasiti tangki minyak 16 liter untuk Classic, dan 12 liter (Heritage).

Berikut perincian Heritage:

  • Enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 401cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 41.6hp @ 9,500rpm dan tork 34Nm @ 8,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan. Pacuan jenis rantai.
  • Dimensi panjang 2,220mm, lebar 825mm, dan tinggi 1,120mm, manakala jarak roda 1,518mm.
  • Tinggi pelana 690mm.
  • Frem jenis cradle daripada keluli. Swingarm berkembar.
  • Fork teleskopik di depan dan set absober kembar.
  • Brek cakera kembar 300mm (depan) dan cakera tunggal 255mm (belakang).
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang).
  • Panel meter bulat dengan paparan analog dan digital.
HANWAY HERITAGE
Heritage
HANWAY CLASSIC
Classic
autoterkini Hanway Classic Hanway Heritage Hanway Malaysia roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.