Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW R 18 First Edition Lancar di Malaysia, Bayar Bulan Cuma RM2.4k!
Roda2

BMW R 18 First Edition Lancar di Malaysia, Bayar Bulan Cuma RM2.4k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia tidak mengambil masa lama untuk memperkenalkan BMW R 18 First Edition ke pasaran tempatan yang ditawarkan sebanyak 18 unit sahaja. Cruiser boxer berkapasiti 1,800cc ini menampilkan gabungan ciri ikonik BMW Motorrad dengan karakter tunggangan moden yang unik.

BACA >>> BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas 

R 18 kali pertama diperkenalkan sebagai model konsep pada acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este, tahun lalu sebagai bayangan awal buat peminat cruiser sedunia. Versi pengeluaran ini pula meminjam beberapa elemen  teknologi dan visual BMW R5.

Berikut empat perkara yang anda perlu tahu tentang R 18 First Edition (2021):

ENJIN BOXER BESAR

Enjin boxer 4-lejang dwi-silinder 1,802cc menghasilkan kuasa 91hp @ 4,750rpm dan tork 158Nm @ 3,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac kering cakera tunggal. Cruiser ini mampu mencapai pecutan maksimum 180kmj, manakala penggunaan bahan api ialah 5.6 liter per 100km. 

Fungsi kawalan emisi disediakan melalui penukar bermangkin (catalytic converter) tiga hala. Komponen alternator baharu hadir dalam bentuk generator magnet kekal yang dipadankan bateri 2 V/26 Ah bebas senggara. Kemudian pemasangan aci pacu (driveshaft) terdedah dan boleh dilihat dari sisi menumpukan kepada hantaran tork mantap.

Malah, model ini ada gear undur.

KESELESAAN TUNGGANGAN

Suspensi menggunakan fork teleskopik klasik di depan dan fork keluli jenis swingarm di belakang. Sistem brek diserahkan kepada unit cakera kembar 300mm dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal di belakang.

Melengkapkan lagi ciri keselamatan R 18 First Editon (2021) ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan tiga mod tunggangan: Rock, Roll dan Rain. Cruiser ini turut dilengkapi kawalan tork drag enjin (MSR) sebagai ciri standard.

CIRI KHAS ‘FIRST EDITION’

Boxer klasik ini menampilkan logo edisi pertama dengan gubahan jalur halus berlatarkan warna hitam kilat yang menyerlahkan gaya sensasi. Pesona cruiser baharu ini turut diserikan dengan elemen krom pada bar hendal, tuil penukar gear, penutup hendal, penutup kepala silinder, penutup engkol (crankcase), dan komponen salur masuk udara.

Sistem pencahayaan menggunakan teknologi LED pada lampu depan, lampu belakang dan brek, termasuk signal belok. Imej klasik diserlahkan menerusi kluster instrumen bulat yang memaparkan maklumat multifungsi seperti spidometer analog. Sistem kunci pintar, Keyless Ride menggantikan kunci konvensional.

Pelindung enjin dicanai (machined) daripada aluminium dibikin dengan kerjasama Roland Sands Design yang menggabungkan kemasan kontra hitam dan perak. Model baharu ini juga membawakan elemen jalur kembar dan krom.

Pengguna juga boleh memilih aksesori tambahan seperti rim, pelana, hendal bar, penutup injap, plat dada enjin, bar pelindung enjin dan lain-lain.

SUDAH ADA DI PUSAT JUALAN

Ya, R 18 First Edition (2021) kini sudah pun ada di pusat jualan BMW Motorrad bermula hari ini dengan tanda harga RM149,50, atas jalan tanpa insurans. Setiap pembelian mendapat pakej waranti 3 tahun dan bantuan jalanan 3 tahun daripada BMW Motorrad Malaysia.

Jika mengambil Pelan Pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, ansuran bulanan untuk memiliki cruiser berkuasa ini ialah RM2,411 (dengan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh 5 tahun).

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan  rangkaian servis bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti daripada BMW Motorrad Malaysia. Pembeli awal akan menerima kotak hadiah edisi terhad, terdiri daripada lencana logo BMW, lencana First Edition, topi dan sarung tangan,

Unit pandu uji R 18 First Edition (2021) akan disediakan di bilik pameran BMW Motorrad Heritage terpilih, iaitu di Auto Bavaria Ara Damansara, Chear Motorrad Puchong dan El Chong Motor Sungai Jawi.

BACA >>> #BikinMotor: BMW R18 Jadi Motosikal Drag Sentuhan RSD
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

GALERI
Auto Terkini BMW BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia BMW R 18 BMW R 18 First Edition Kruiser roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.