Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Motorrad Buka Servis Sewa Motosikal di Eropah
Auto Terkini

BMW Motorrad Buka Servis Sewa Motosikal di Eropah

AryonBy Aryon30/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUPAYA kekal relevan dan dapat terus survival dalam cabaran industri motosikal, pengeluar nampaknya perlu jadi lebih kreatif dan tidak boleh lagi mengharapkan faktor jualan produk semata-mata. Dan inilah dilakukan BMW Motorrad apabila memperkenalkan perkhidmatan motosikal sewa di Eropah.

Minggu lalu, BMW Motorrad menyiarkan perincian mengenai perkhidmatan ‘Rent A Ride’ yang menawarkan sewaan jangka pendek untuk motosikal BMW, termasuk model paling hot, R 1200 GS.

BACA >>> BMW R 1200 GS Black Edition – Nikmati Aksesori Touring Enduro yang Serba Gelap

Rent A Ride kini ditawarkan di pengedar terpilih di Jerman, Austria dan Perancis. Jika berjaya, BMW merancang untuk meluaskan perkhidmatan tersebut ke seluruh negara terbabit. 


Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Antarabangsa BMW Motorrad, Timo Resch berkata, perkhidmatan mobiliti ialah fokus masa depan yang menjadi antara landasan strategi korporat pengeluar itu.

“Dengan menawarkan Rent A Ride, BMW Motorrad memajukan pembangunan BMW Group ke arah menjadi syarikat mobiliti berorientasikan pelanggan. Jika musim pertama ini berjalan mengikut jangkaan, sasaran seterusnya ialah meluaskan skim tersebut ke seluruh rangkaian jualan BMW,” katanya.

PILIH MODEL KEGEMARAN


Menurut BMW, laman web dengan keupayaan telefon pintar membolehkan pelanggan memilih model pilihan secara masa nyata. Selepas tempahan dibuat, penyewa boleh memilih aksesori motosikal dan barangan menunggang yang dimahukan.

Motosikal yang dipilih akan disiapkan sebelum diambil penyewa di premis pengedar BMW Motorrad dengan diberikan taklimat profesional. Sebagai makluman, skim mobiliti sudah lama ditawarkan untuk kereta BMW sejak 2011.

BACA >>> Foto Akhir BMW R 1250 GS dan R 1250 RT Baharu Akhirnya Didedahkan

Menurut BMW lagi, skim mobiliti baharu itu membuka peluang kepada pelanggan mengenali lebih dekat model motosikal BMW tanpa perlu terikat dengan komitmen membeli. Ia juga membolehkan pemilik BMW sedia ada untuk mencuba model lain untuk trip hujung minggu.

Maklumat lanjut sila layari: Rent A Ride

Auto Terkini BMW BMW Motorrad Rent A Ride roda2 Servis Sewa Motosikal BMW Sewa Motosikal
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.