Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Malaysia Lancar Tiga Model CKD Baharu, Harga Mula RM425k!
Auto Terkini

BMW Malaysia Lancar Tiga Model CKD Baharu, Harga Mula RM425k!

SyafieBy Syafie21/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kenderaan premium di negara ini dengan pelancaran barisan model pemasangan tempatan (CKD) terbaru seperti BMW iX xDrive60 M Sport Pro, BMW iX xDrive45 Sport dan BMW X5 xDrive40i M Sport.

Pelancaran rasmi berlangsung sempena acara eksklusif The Art of Driving 2025, sekaligus menunjukkan komitmen berterusan jenama dari Jerman ini dalam menyokong mobiliti mampan dan teknologi automotif terkini di Malaysia.

BMW iX CKD: Dua Pilihan SUV Elektrik Premium, Harga Dari RM425,800

BMW iX bukanlah nama asing dalam barisan kenderaan elektrik (EV) mewah. Kini dua varian popularnya iaitu BMW iX xDrive60 M Sport Pro dan BMW iX xDrive45 Sport sudah boleh dimiliki dalam versi CKD yang lengkap dengan spesifikasi tinggi dan harga lebih kompetitif.

Rekaan Lebih Sporty, Identiti Makin Menonjol

BMW iX baharu tampil dengan sentuhan gaya yang lebih dinamik. Gril depan kini dilengkapi BMW Iconic Glow, rim bersaiz besar sehingga 22 inci, serta lampu LED adaptif baharu.

Varian iX60 tampil lebih agresif dengan pakej M Sport Pro standard, manakala varian iX45 pula kekal sporty dan elegan.

Interior Mewah Bertaraf Premium

Bahagian dalaman menampilkan bumbung kaca Sky Lounge, lampu ambien, sistem audio Harman Kardon dan BMW Curved Display terkini.

Untuk iX60 lebih premium dengan material upholisteri Alcantara/Sensatec serta kemasan M eksklusif menjadikan ruang kabin lebih mewah dan berjiwa atlentik.

Prestasi Elektrik Mantap dan Jarak Pemanduan Hebat

BMW iX xDrive60 M Sport Pro

  • Menghasilkan 544hp dan 765Nm
  • 0-100kmj dalam 4.6 saat
  • Jarak WLTP sehingga 701km
  • Bateri berkapasiti 111.5kWj
  • Pengecasan DC maksimum 195kW

BMW iX xDrive45 Sport

  • Menghasilkan 408hp dan 700Nm
  • 0-100kmj dalam 5.1 saat
  • Jarak WLTP sehingga 602km
  • Bateri berkapasiti 100.6kWj
  • Pengecasan DC maksimum 175kW

Harga BMW iX 2025 Malaysia

  • BMW iX xDrive60 M Sport Pro: RM487,800
  • BMW iX xDrive45 Sport: RM425,800

BMW X5 xDrive40i M Sport CKD, SUV Mewah Hibrid Ringan, Harga RM469,800

Untuk pilihan Sports Activity Vehicle (SAV) mewah dengan enjin petrol + hibrid ringan 48V, BMW X5 xDrive40i M Sport versi CKD ini wajib masuk senarai. Model ini tampil dengan rekabentuk serba baharu yang lebih garang, berkuasa, dan sarat teknologi.

Penampilan Luar Lebih Berprestij

Gril ikonik BMW Iconic Glow yang bercahaya, rim M V-Spoke 21 inci, lampu utama LED adaptif nipis dan lampu belakang bentuk X menjadikan X5 ini nampak sangat premium. Pakej M Sport pula tambah aura sporty dan eksklusif.

Kabin Luas, Digital dan Berkelas Tinggi

Skrin paparan besar BMW Curved Display (12.3 inci + 14.8 inci), upholisteri premium Sensafin, stereng kulit M dan pencahayaan ambien dengan bar lampu interaktif menjadikan kabin X5 tempat yang bukan saja selesa tapi penuh gaya. Boleh muat sehingga 1,870 liter ruang kargo.

Prestasi Tinggi dan Teknologi Terkini

Enjin 3.0L enam silinder sebaris dengan sistem hibrid ringan 48V menghasilkan 381hp dan 540Nm.

  • 0-100kmj hanya dalam 5.4 saat
  • Transmisi 8-kelajuan Steptronic
  • Suspensi udara dua gandar boleh laras automatik
  • Mod Sport turunkan ketinggian -20mm untuk pemanduan agresif
  • Mod off-road boleh naik +40mm untuk cabaran jalan lasak

X5 ini juga dilengkapi Driving Assistant Profesional, Parking Assistant Profesional, dan BMW Operating System 8.5 untuk pengalaman pemanduan lebih pintar dan selamat.

Harga BMW X5 2025 (CKD)

  • BMW X5 xDrive40i M Sport: RM469,800

Pilihan Premium Elektrik dan Petrol, Semua Pemasangan Tempatan

BMW Group Malaysia terus mendefinisikan semula maksud kemewahan automotif di Malaysia. Sama ada anda peminat SUV elektrik BMW iX atau mahukan kuasa enjin petrol hibrid ringan seperti BMW X5, model-model terkini ini menawarkan gaya, prestasi dan teknologi yang menepati status premium sebenar.

Dengan harga bermula serendah RM425,800, BMW bukan saja mengekalkan ciri-ciri mewah tetapi turut menawarkan nilai yang kompetitif dalam segmennya dan semuanya dipasang di Malaysia.

BMW iX xDrive60 M Sport Pro

BMW X5 xDrive40i M Sport

 

Auto Terkini BMW Group Malaysia BMW iX xDrive45 Sport BMW iX xDrive60 M Sport Pro BMW X5 xDrive40i M Sport Hibrid Ringan Kereta Elektrik (EV) Pemasangan Tempatan (CKD) The Art of Driving 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    Foton Aumark S Euro 5 AMT Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM128,800

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.