Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW Malaysia Lancar R1250GS, R1250GS Adventure, Harga Mula RM119.5k
Roda2

BMW Malaysia Lancar R1250GS, R1250GS Adventure, Harga Mula RM119.5k

WahidBy Wahid23/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia
mengumumkan ketibaan dua model touring paling ditunggu peminat BMW, iaitu R1250GS dan R1250GS Adventure (GSA) baharu. Seperti namanya, kedua-dua model itu didatangkan dalam pelbagai varian, termasuk varis edisi khas sempena menyambut ulangtahun ke-40 siri GS pertama diperkenalkan pada 1980, iaitu R80G/S.

Kedua-dua model itu dilengkapi ciri premium dengan opsyen tambahan untuk siri GS dan GSA standard. Perbezaannya, model GS memiliki kapasiti tangki petrol 20 liter, manakala GSA lebih besar, 30 liter.

BACA >>> Benelli 1200GT – Touring Gergasi 3-Silinder Sedia Cabar BMW R1250RT
BACA >>> BMW R1250RT (2021) Kini dengan Teknologi Radar, Sistem Navigasi Pada Panel TFT

R1250GS 40 Years Edition GS
R1250GS Style Rallye
R1250GS Triple Black
R1250 GSA 40 Years Edition GS
R1250 GSA Style Rallye
R1250 GSA Ice Gray
R1250 GSA Triple Black

Berikut spesifikasi ringkas menenai R1250GS dan GSA edisi Malaysia:

  • Cat unik ’40 Years of GS’ dengan kombinasi warna Blackstorm Metallic dan kuning yang diilhamkan daripada R100GS Bumble Bee keluaran 1988.
  • GSA dan GSA standard ditawarkan dalam warna Triple Black Style dan Rallye Style.
  • Trenkuasa kedua-dua model dijana enjin boxer 2-silinder 1254cc yang dilengkapi sistem BMW Shiftcam.
  • Sistem Shiftcam ini diperkenalkan ketika BMW melancarkan enjin 1254cc, iaitu sistem yang mengubah pemasaan injap masukan untuk memberikan kuasa enjin lebih lancar dan menjimatkan petrol.
  • Enjin ini menghasilkan kuasa 136hp (100 kW) @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm.
  • Sistem transmisi dan penyambung kini digabungkan pada blok enjin untuk menjimatkan ruang dan berat.
  • Menggunakan klac antigelincir(anti-hopping), sama seperti klac Assists & Slipper (A&S).
  • Ada juga sistem BMW Gear Shift Assistant Pro.
  • Ada sistem bantuan elektronik seperti Kawalan Traksi Dinamik  (DTC), dan tiga mod tunggangan: Pro, Road, dan Rain.
  • Mod Pro memberikan tambahan seperti Dynamic, Dynamic Pro, Enduro, dan Enduro Pro. Mod Pro ini juga membolehkan penunggang mengawal tahap brek enjin ketika menurunkan gear.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pula daripada jenis BMW Integral ABS Pro, dilengkapkan sebagai ciri standard untuk kedua-dua varian. Sistem itu dioptimumkan untuk tunggang atas jalan raya biasa atau 0ff-road.
  • Juga dilengkapkan sistem suspensi elektronik BMW Motorrad Dynamic ESA sebagai standard. Ini membolehkan suspensi motosikal disesuaikan untuk segala jenis permukaan jalan dan cara tunggangan.
  • Panel meter TFT 6.5-inci berwarna menawarkan fungsi konektiviti telefon pintar dan peranti komunikasi menerusi sambungan Bluetooth. Ini membolehkan penunggang membuat atau menjawab panggilan telefon, memainkan muzik atau radio, dan mencari arah jalan menggunakan roda kawalan sebelah kiri hendak tanpa perlu melepaskan tangan.

  • Dua varian ini turut memiliki lampu depan bentuk ‘X’ baharu.
  • Lampu LED diguanakan adalah  jenis adaptif yang mana arah sukluhan lampu akan dilaraskan automatik mengikut sudut motosikal ketika membelok atau ketika mendaki atau menurun bukit.
Stok dan Harga

Kedua-dua model boleh dilihat di cawangan BMW Motorrad sah seluruh Malaysia bermula 20 Ogos lalu. Semua cawangan kini dibuka kepada khayalak ramai dengan pematuhan SOP diwartakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

R1250GS dan R1250 GSA satndard kini boleh didapati dengan bayaran RM1,460 atau RM1,590 sebulan. Skim pembayaran adalah berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh pembiayaan selama 4 tahun.

Harga jualan pula adalah seperti berikut:

  • BMW R1250GS Style Rallye –  RM119,500
  • BMW R1250GS Triple Black – RM120,500
  • BMW R1250GS ’40 Years GS’ Edition – RM122,500
  • BMW R1250GS Adventure (Lowering) – RM130,500
  • BMW R1250GS Adventure Style Rallye – RM132,500
  • BMW R1250GS Adventure Triple Black – RM133,500
  • BMW R1250GS Adventure ’40 Years GS’ Edition – RM 135,500

BACA >>> Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k
BACA >>> BMW R 1250 RS (2021) Tawar Pembaharuan dengan Pilihan Pakej Option 719 Shadow

R1250GS 40 Years Edition GS
R1250GS Style Rallye
R1250GS Triple Black
R1250 GSA 40 Years Edition GS
R1250 GSA Ice Gray
R1250 GSA Style Rallye
R1250 GSA Triple Black
Advencer adventure BMW Motorrad Malaysia BMW R1250GS BMW R1250GS Adventure roda2 touring
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.