Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam18/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

APA yang bermula sebagai gurauan April Fool, tetapi kini menjadi realiti apabila BMW M Motorsport mengesahkan BMW M3 Touring 24H akan beraksi dalam perlumbaan enduran 24 Hours of Nürburgring 2026.

Idea menghasilkan versi perlumbaan untuk BMW M3 Touring sebenarnya wujud sejak pelancaran model pengeluaran pada 2022, tetapi hanya menjadi kenyataan selepas respons luar biasa terhadap hantaran April Fool pada 1 April 2025.

dari Tular ke Projek Sebenar

Imej ‘konsep’ BMW M3 Touring GT yang dikongsi di media sosial menarik lebih sejuta pengguna, dan 1.6 juta tontonan, dengan kadar interaksi jauh melebihi kebiasaan.

Susulan sambutan tersebut, BMW M Motorsport mempercepat pembangunan dan dalam tempoh hanya lapan bulan, sebuah jentera BMW M3 Touring 24H berjaya disiapkan.

Berkongsi DNA dengan M4 GT3 EVO

Jentera itu dibina berasaskan platform BMW M4 GT3 EVO, tetapi menggunakan badan wagon M3 Touring.

Dari segi dimensi, jentera tersebut 200mm lebih panjang dan 32mm lebih tinggi (termasuk sayap belakang) berbanding M4 GT3 EVO, dengan spesifikasi teknikal kekal sama.

Jentera ‘untuk Peminat’ di Nordschleife

BMW menyifatkan model berkenaan sebagai jentera khas untuk peminat di Nürburgring, dengan liveri awal menampilkan komen sebenar daripada peminat yang diambil daripada hantaran April Fool tersebut.

Bagi perlumbaan 24 jam sebenar, jentera tersebut akan tampil dengan liveri khas berbeza.

Barisan Pelumba, Kategori Perlumbaan

BMW M3 Touring 24H akan dikendalikan pasukan Schubert Motorsport dengan barisan pelumba terdiri daripada Jens Klingmann, Ugo de Wilde, Connor De Phillippi dan Neil Verhagen.

Jentera itu akan bertanding dalam kelas SPX, dan tidak bersaing secara langsung dengan jentera BMW M4 GT3 EVO dalam kategori utama SP9.

Persiapan, Sokongan Teknologi

Sebagai persediaan, jentera itu akan menjalani perlumbaan NLS dan sesi kelayakan 24 Hours of Nürburgring.

Ia juga menggunakan tayar daripada rakan teknikal BMW M Motorsport, Yokohama, yang menyifatkan kolaborasi berkenaan sebagai pencapaian penting dalam sejarah sukan permotoran.

Projek Unik BMW M Motorsport

Ketua BMW M Motorsport, Andreas Roos menyifatkan projek berkenaan sebagai sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan lahir daripada semangat dan dedikasi pasukan.

Sementara itu, Jens Klingmann menyatakan, projek tersebut membuktikan hubungan rapat BMW dengan komuniti peminat, dengan jentera yang bermula gurauan, tetapi kini menjadi jentera perlumbaan kompetitif sebenar.

BMW menyasarkan memberikan persembahan terbaik di Nürburgring dan meraih keputusan kompetitif dalam perlumbaan ikonik tersebut.

SUMBER: TopGear

24 Hours of Nürburgring 24 Jam Nürburgring 2026 April fools BMW M Motorsport BMW M3 Touring 24H BMW M3 Touring GT Nordschleife Nürburgring Nordschleife perlumbaan enduran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    Kimi Antonelli Juara F1 GP China 2026
    Formula Satu

    Antonelli Raih Kemenangan Sulung F1 di China, Tewaskan Russell

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.