Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW M 1000 RR (2023) Lancar, Jentera Trek Siap Sedia untuk Aksi WorldSBK, Harga RM154k
Roda2

BMW M 1000 RR (2023) Lancar, Jentera Trek Siap Sedia untuk Aksi WorldSBK, Harga RM154k

WahidBy Wahid13/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA wang, apa saja boleh jadi kenyataan. Salah satunya adalah memiliki motosikal yang dibuat dalam unit terhad seperti BMW M 1000 RR (2023).

M 1000 RR (2023) ialah jentera homologasi untuk dilumbakan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dengan melibatkan motosikal pengeluaran yang boleh dibeli orang awam.

BACA >>> Pemilik BMW Boleh Main Games Guna Skrin Infotainment Semudah Imbas Kod QR
BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Diperkenal, Kuasa Kini 207hp!

Jika setiap motosikal dibina untuk perlumbaan, maka kos pembuatan dan harga akan jadi terlalu mahal jika dijual dalam unit banyak. Jadi pengeluar cuma menghasilkan satu model dinaik taraf dan dalam jumlah terhad yang hanya mampu dibeli golongan kayangan.

Misalnya M 1000 RR (2023) dalam artikel ini, Kawasaki ZX-10RR, Ducati Panigale V4R, Honda CBR1000RR-R SP atau sebagainya. Jika anda masih ingat, BMW Motorrad mula memperkenalkan M 1000 RR buat julung kali pada 2020. Jadi model 2023 ini masih menggunakan rekebentuk asal model itu dengan spesifikasi seperti berikut:

  • Enjin 4-silinder sebaris 999cc dengan sistem ShiftCam sama tetapi dibekalkan komponen lumba.
  • Injap titanium dengan lengan rocker (rocker arm) lebih tipis untuk mengurangkan inersia.
  • Rod sambung piston (atau lebih dikenali kalangan mat moto sebagai jackrod) titanium Pankl yang lebih panjang. Rod titanium lebih ringan dan juga lebih kuat daripada keluli. Pada masa sama, rod lebih panjang meningkatkan nisbah mampatan.
  • Piston dua gegelang berbanding dengan tiga gegelang pada piston biasa bagi mengurangkan geseran.
  • Enjin menghasilkan kuasa 205hp @ 13,000rpm, dan tork 112.5Nm @ 11,000rpm.
  • Rekaan fairing lebih aerodinamik untuk lebih stabil di selekoh, dibuat daripada gentian karbon.

  • Mendapat sayap baharu untuk daya mendap (downforce) 4kg pada halaju 152kmj, dan bertambah kepada 22.6kg pada halaju 300kmj. Daya mendap perlu supaya tayar depan kekal menyentuh permukaan jalan pada halaju tinggi dan ketika memecut laju.
  • Penutup bahagian bawah brek depan bagi melancarkan pergerakan angin dari roda depan ke roda belakang bagi mendapatkan kestabilan lebih baik. Penutup itu juga dibuat daripada gentian karbon.

  • Saluran angin bagi menyejukkan kaliper brek depan, juga dibuat daripada gentian karbon.
  • Pelana M Endurance untuk keselesaan tunggangan atas litar atau atas jalan biasa.
  • Tujuh mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1,  Race Pro 2, dan Race Pro 3.
  • Ada dua profil terotel, tiga tahap brek enjin dan tork seretan.
  • Unit unjuran inersis (IMU) 6-paksi memberikan ciri kawalan traksi dan kawalan wheelie mengikut sudut miring.
  • Ada ciri Quickshifter dwi-arah, kawalan luncur, dan kawalan halaju pit.
  • Pemilik juga boleh memilih pakej opsyen M Competition yang mengandungi komponen dikisar (milled), karbon, swingarm lebih ringan, perekod masa lap, penutup pelana bonceng karbon, dan rantai bebas senggara M Endurance buatan Regina).
  • Harga asas M 1000 RR (2023) tanpa opsyen ialah $AS32,995 (RM154,460). Nampak seperti tidak berapa mahal, tetapi harga itu belum dicampur cukai import (AP), cukai jualan, cukai jalan, insurans, fi pemilikan, dan sebagainya. Sebagai makluman, edisi terdahulu, M 1000 RR (2021) dijual pada harga RM249,500 di Malaysia!
  • Jika anda dalam golongan T20, bolehlah anda pamerkan motosikal edisi terhad ini di garaj atau ruang tamu rumah anda.

BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Diperkenal, Kuasa Kini 207hp!
BACA >>> BMW M 1000 RR (2021) yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K

BMW M 1000 RR (2023) BMW Motorrad Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) roda2 superbike WorldSBK WSBK
Wahid

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.