Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW Hover Ride – Daripada Motor Terbang LEGO, Kini Jadi Model Konsep
Roda2

BMW Hover Ride – Daripada Motor Terbang LEGO, Kini Jadi Model Konsep

Han OthmanBy Han Othman28/11/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW dan LEGO menghasilkan konsep motosikal terbang futuristik, dipanggil Hover Ride yang dihasilkan berasaskan kit LEGO Technic BMW R 1200 GS Adventure, terdiri daripada 603 bongkah, sama seperti mainan asal.

Jika sebelum ini kita biasa menyaksikan motosikal sebenar di-LEGO-kan, tetapi kali ini BMW mengambil inisiatif lebih berani apabila memutuskan menghasilkan replika Hover Ride daripada versi LEGO, siap berserta propeler roda depan.

BACA >>> LEGO Toyota Camry – Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

Kronologinya begini, model BMW R 1200 GS Adventure asalkan dijadikan LEGO. Kemudian, motosikal dual-sport versi LEGO itu diubah menjadi motosikal terbang (bentuk LEGO). Sekarang LEGO itu, divisualkan menjadi realiti dalam bentuk motosikal konsep (motor sebenar – LEGO – LEGO (motor terbang) – motor konsep).

DIHASILKAN BMW JUNIOR

Replika LEGO BMW R 1200 GS Adventure dilancarkan pada Januari lalu sebagai sebahagian daripada cabaran binaan 603 bongkah. Ini juga model LEGO pertama yang dihasilkan dengan kerjasama BMW.

Ketua Jualan dan Pemasaran BMW Motorrad, Heiner Faust berkata, idea kolaborasi itu dibuat kerana kedua-dua syarikat memiliki beberapa persamaan dari segi inovasi dan tradisi dalam jenama dan produk masing-masing dalam memberikan pengalaman hebat kepada golongan muda dan dewasa seluruh dunia.

Diilhamkan daripada model LEGO, pasukan jurutera di BMW Junior di unit latihan yang berpangkalan di Munich,  memutuskan mencabar diri untuk membina semula model LEGO untuk sebagai kenderaan konsep.

BACA >>> Search lego LEGO Toyota Camry – Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

Beberapa komponen seperti rim roda depan diubah suai untuk membentuk propeler yang dibuat khas untuk projek tersebut, sekali gus menyerlahkan kemahiran kerja tangan pelatih-pelatih muda di BMW.

Salah seorang jurulatih BMW Junior, Markus Kollmannsperger yang turut terlibat dalam pembangunan Hover Ride berkata, dia mengakui berasa kagum dapat menyaksikan rakan sekerjanya daripada pelbagai disiplin kerja berbeza dapat bekerja dengan pelatih BMW.

GALERI

SUMBER: DailyMail.co.uk

autotainment BMW BMW R 1200 GS Adventure Heiner Faust Hover Ride LEGO LEGO Technic BMW R 1200 GS Adventure model konsep motosikal konsep roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.