Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»BMW Hasilkan Swingarm Gentian Karbon Versi Pengeluaran Massa?
Aksesori

BMW Hasilkan Swingarm Gentian Karbon Versi Pengeluaran Massa?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad mendedahkan lengan ayun atau swingarm gentian karbon yang dibangunkan sasaran spesifik, iaitu sebagai komponen pengeluaran massa. Inovasi ini bakal membuka pintu kepada pembuatan motosikal premium yang bukan hanya terhad kepada frem dan rim karbon, tetapi juga swingarm karbon.

Pengeluar Jerman itu ketika ini sudah pun menggunakan material ringan, termasuk gentian karbon yang digunakan meluas dalam pembuatan kereta seperti model i3 yang menjadi perintis kepada pengenalan frem karbon. Hanya sekitar tahun lalu barulah teknologi itu diaplikasikan kepada Motorrad yang kemudian muncul menerusi BMW HP4 Race dengan ciri frem dan rim karbon.

Adakah pembangunan baharu ni mampu menunjukkan laluan kepada motosikal jalanan menerusi penggunaan teknologi berkenaan (swingarm karbon)?

BACA >>> #BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker – Naked yang Lebih Naked

Pengarah Pembiayaan Projek BMW, Dr Joachim Starke berkata, BMW cenderung menghasilkan komponen casis yang mampu menampung daya beban berterusan selepas sering didesa tentang penggunaan teknologi tersebut.

Katanya, komponen kereta agak tertutup dan menyukarkan proses ujian, sebaliknya swingarm karbon dapat dilihat secara visual pada motosikal. Ini sangat ideal untuk pembangunan projek kerana keupayaan komponen itu dalam menampung beban dan tekanan dapat dirasai serta-merta.

“Teknik pengeluaran kami menggunakan CFP dalam bentuk gentian jela (endless fibre) kekuatan tinggi. Teknik ini diperlukan paten tekanan, yang mana bahagian acuan suntikan dengan gentian jela kitar semula CFP pendek digunakan ketika tahap tekanan tidak terlalu tinggi.

“Dengan cara ini, kami membangunkan rekabentuk efisien-kos yang boleh diskalakan mengikut keperluan dengan menambah gentian jela kekuatan tinggi dalam pelbagai peringkat kekuatan menggunaan perkakasan sama,” kata Starke.

Adakah BMW akan menggunakan teknologi itu dalam pembuatan motosikal pengeluaran pada masa akan datang? Ketua Pembangunan BMW Motorrad, Karl-Viktor Schaller pernah ditanya soalan sedemikian ketika pelancarkan jentera HP4 Race, tahun lalu.

Menurut Schaller, pengeluaran massa bermakna ada kira-kira 200 motosikal dikeluarkan setiap sehari. Secara teori, ia boleh dilakukan dengan menambah barisan pengeluaran untuk alat ganti gentian karbon.

“Tetapi itu pelaburan besar dan bagi jumlah pengeluaran tinggi kami tidak nampak penggunaan (alat ganti) karbon dalam masa terdekat.

“Namun, pelanggan juga selalu dapat produk edisi sport atau edisi terhad yang dengan mudah menyelesaikan isu (komponen) karbon, cuma terhad kepada beberapa ribu unit setahun,” kata Schaller lagi.

Ia seakan pendekatan Ducati ke atas model Superleggera yang mana BMW melihat masa depan produk karbon adalah dalam bentuk motosikal edisi terhad dan premium. Dengan jangkaan kemunculan model baharu radikal, BMW S1000RR tahun depan, dan BMW Motorrad sendiri mengesahkan akan menghasilkan frem karbon, swingarm dan rim karbon, mungkinkah 2019 akan menyaksikan ketibaan BMW S1000RR HP4 versi jalanan?

SUMBER: MCN

aksesori BMW BMW Motorrad BMW Motorras BMW S1000RR HP4 Dr Joachim Starke gentian karbon Karl-Viktor Schaller lengan ayun roda2 swingarm Swingarm Karbon teknologi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.