Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW G 310 R (2023) Lancar di India dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM14.7k
Roda2

BMW G 310 R (2023) Lancar di India dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM14.7k

AryonBy Aryon15/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad
melancarkan G 310 R (2023) untuk pasaran India sebagai model aras mula untuk bersaing dalam subsegmen 500cc dengan lawan seperti KTM 390 Duke.

BACA >>> Pista 125 ABS (2021) – KTM Duke China Ini Kini Patuh Euro5, Harga RM17k!
BACA >>> KTM 390 Duke (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM26k

Berikut spesifikasi G 310 R (2023):

  • Cuma membabitkan perubahan kosmetik dari segi skema warna baharu dalam tiga pilihan warna: Polar White dengan Racing Blue (putih-biru), Racing Red (merah), dan Cosmic Black 2 (hitam). BMW turut mengemas kini grafik badan supaya lebih menyerlah.
  • Gaya badan tidak berubah. Masih lampu utama pod-tunggal dengan lampu siang (DRL) LED, fender depan warna badan, tangki minyak maskular dengan penutup, kowl enjin, pelana selapis (one-piece) bertingkat, rim aloi lima jejari, dan ekzos sisi dengan kemasan dwi-tona.
  • Ciri juga kekal identik dengan versi terdahulu seperti lampu LED penuh, tuil klac dan brek boleh laras, panel meter digital penuh, dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard.
  • Sebagai perbandingan, KTM 390 Duke dibekalkan ciri tambahan seperti panel meyer TFT warna dengan konektiviti wayarles Bluetooth, dan quickshifter dua-arah.
  • Trenkuasa masih menggunakan enjin patuh BS6 (sama seperti Euro5) 4-lejang 4-injap silinder tunggal 313cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 34hp @ 9,250rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm, dengan transmisi klac manual 6-kelajuan berserta mekanisme klac antigelincir Slipper Clutch.
  • Kelajuan maksimum 143kmj.

  • Roda menggunakan rim aloi 17 inci, manakala suspensi jenis fork terbalik (USD) 41mm dengan travel 140mm di depan dan monoshock boleh laras prabeban dengan travel 131mm di belakang.
  • Tayar 110/70 R17 (depan), dan 150/60 R17 (belakang)
  • Menggunakan sistem brek cakera tunggal 300mm dengan kaliper 4-piston radial (depan) dan 240mm dengan kaliper piston tunggal jenis apung (belakang).
  • Tinggi pelana 785mm, kapasiti tangki minyak 11 liter, berat basah 164kg
  • Harga jualan model kemas kini ialah 265,000 rupee (RM14,750), iaitu 5,000 rupee (RM280) lebih mahal berbanding model terdahulu.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G 310 R yang Lebih Murah
BACA >>> Dokumen Paten Dedah BMW Motorrad Hasilkan Pelana Motosikal Boleh Laras

SUMBER: BikeWale

BMW G 310 R (2023) BMW Motorrad BMW Motorrad India roadster roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.