Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped
Roda2

BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW F750GS ini adalah jentera yang digunakan sebahagian pasukan polis Metropolitan Operation Venice Scorpion Squad yang mana setiap anggota perlu lulus program latihan motosikal khas.

Apabila latihan tamat, anggota polis itu akan menjadi sebahagian Scorpion Squad yang bertugas mencegah dan menghentikan jenayah berkaitan motosikal. Setiap motosikal akan dilengkapkan peralatan khas seperti radio komunikasi versi terkini dan lampu strob kecemasan.

BACA >>> Video Bocor, BMW GS 1250 R (2019) Guna Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT)

Ciri lain yang ada pada BMW F750GS ialah Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Brek Anti-Kunci (ABS) dan Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik  (DESA). Model touring itu dipilih memiliki rekabentuk badan tirus, kecil dan ringan yang membantu anggota tiba di lokasi kecemasan dengan cepat.

BMW F750GS juga memberikan kelebihan taktikal untuk menghalang kegiatan haram sekitar jalan raya ibu kota London. Malah, model tersebut dikustom lebih tirus berbanding motosikal lain supaya mudah melepas laluan sukar.

Ketua Inspektor Operasi Metropolitan Venice, Jim Corbet berkata, walaupun anggota Scorpion Squad berterusan mengurangkan angka jenayah dalam bandar, tetapi sentiasa ada penjenayah yang merasakan mereka mampu melepaskan diri daripada polis jika berbuat jenayah menggunakan moped.

“Motosikal baharu ini membolehkan anggota kami mengejar penjenayah dengan rekabentuk badan ringan yang direka khas untuk mengurangkan jenayah moped,” katanya.

Penggunaan BMW F750GS sebagai jentera nyata membuahkan hasil. Statistik Disember 2017 hingga November 2018, ada 15,168 kes jenayah melibatkan moped, motosikal, dan skuter. Namun, sepanjang tempoh sama pada tahun berikut, rekod jenayah menurun kepada 8,721 kes, penurunan sebanyak 42 peratus.

“Walaupun kami gembira melihat jumlah kenderaan curi dan jenayah berkurangan, kami masih tidak berpuas hati dan meminta orang ramai membantu kami mengurangkan jenayah moped lebih jauh lagi dengan memberitahu polis mengenai kegiatan mencurigakan,” katanya.

BACA >>> Teknik Serbu, Tahan Suspek Bantu Kurangkan Jenayah Curi Motor di UK
BACA >>> Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri

SUMBER: DriveMag

 

Auto Terkini BMW BMW F750GS jenayah moped Jenayah Moped London London Metropolitan Operation Venice Scorpion penjenayah moped Scorpion Squad touring bike UK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.