Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure Sempena Aniversari GS ke-40
Roda2

BMW F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure Sempena Aniversari GS ke-40

WahidBy Wahid18/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad
memperkenalkan barisan model BMW F 750 GS dan F 850 GS 40th Anniversary yang dikeluarkan khas sempena meraikan ulang tahun ke-40 sejak pengenalan model R80G/S pada 1980.

R80G/S ialah model yang memulakan segmen motosikal dwi-guna (dual-sport). Name ‘G/S’ yang ditukar kepada ‘GS’ sekarang adalah singkatan untuk ‘Gëlande/Straße’ dalam Bahasa Jerman yang bermaksud ‘off-road/road’. Nama itu memberikan gambaran model ini boleh digunakan atas jalan lasak dan jalan tar.

BACA >>> Tayar Belakang BMW GS Kena Curi di Tengah Kota London

BMW R80G/S (1980)

R80G/S kemudian diubah suai dan menyertai perlumbaan lasak dunia iaitu Rali Paris-Dakar dan memenangi kejuaraan itu pada 1981, 1983, 1984 dan 1985. Di sinilah populariti model ‘GS’ terpahat dalam dunia motosikal.

BMW F 850 GS dan F 850 GS 40th Anniversary
BMW F 750 GS 40th Anniversary

Mengenai barisan 40th Anniversary, model ini terdiri daripada F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure. Semua model khas ini dilengkapi warna kuning dan hitam pada badan, gad tangan dan pelana pembonceng.

F 750 GS dan G 850 GS menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 853cc (dengan aci engkol 270º) yang sama. Namun,  diberikan tetapan enjin berbeza. Enjin F 750 GS menghasilkan kuasa 77hp @ 7,500rpm dan tork 83Nm @ 6,000rpm, manakala enjin F 850 GS berkuasa 95hp @ 8,250rpm dan 92Nm @ 6,250rpm.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Tentang BMW X5 xDrive45e M Sport yang Perlu Anda Tahu

Perbezaan kuasa adalah kerana F 750 GS ditala tunggangan atas jalan, termasuk off-road yang tidak terlalu ekstrem. Sebaliknya, F 850 GS lebih cenderung kepada tunggangan fokus off-road. Model ini jugalah yang digunakan untuk BMW Motorrad International GS Trophy yang berlangsung di New Zealand awal tahun ini.

Pembeli juga boleh ditawarkan opsyen Pro Riding Modes yang bekerja secara langsung dengan respon terotel diperhalusi. Ciri elektronik baharu lain terdiri daripada Kawalan Brek Enjin Dinamik (DEBC) dan Kawalan Brek Dinamik (DBC).

Tiga model ini didatangkan dalam pilihan warna selain warna khas sempena ulang tahun.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

GALERI
BMW F 750 GS
BMW F 850 GS
BMW F 850 GS Adventure
BMW 750 GS 40th Anniversary BMW F 750 GS BMW F 750 GS Anniversary BMW F 850 GS BMW F 850 GS Adventure BMW F 850 GS Adventure 40th Anniversary BMW F 850 GS Adventure Anniversary BMW F 850 GS Anniversary roda2
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.