Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW E-Power Roadster – Motosikal Elektrik Konsep dengan Komponen Kereta EV
Roda2

BMW E-Power Roadster – Motosikal Elektrik Konsep dengan Komponen Kereta EV

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad dalam diam melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) motosikal elektrik sejak dua tahun lalu, dan awal tahun ini muncul dengan model konsep dinamakan DC Roadster.

Beberapa hari lalu, pengeluar Jerman itu mendedahkan satu lagi motosikal elektrik konsep baharu, dinamakan E-Power Roadster.

E-Power Roadster dilihat sebagai penghubung antara DC Roadster dan motosikal elektrik versi pengeluaran sebenar yang akan dikeluarkan BMW kelak. Ia agak unik dan nampak seakan naked bike S1000R pada bahagian depan, manakala rupa belakang mirip tourer sport, R1200RS.

BACA >>> Prototaip BMW Motorrad R 1200 RS ConnectedRide Bangunkan Teknologi Keselamatan Motosikal

BMW 2 SERIES PHEV
BMW 7 SERIES LONG WHEELBASE

Frem motosikal elektrik ini dibina secara kustom, manakala trenkuasa daripada dua model kereta BMW. Pek bateri 31kW diambil daripada model hibrid plug-in (PHEV) BMW 2 Series dan unit motor daripada 7 Series Long Wheelbase, iaitu salah satu model eksklusif pasaran China.

Rekabentuk mungkin tidak secantik model sebelum ini dengan jentera seberat 290kg! Apapun, ini masih model prototaip. Tanpa kotak gear, E-Power Roadster mampu menjana kuasa hingga 136hp dengan tork setinggi 200Nm.

BACA >>> BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat, iaitu 0.2 saat lebih perlahan berbanding S1000RR. Pek bateri boleh dicas semula kurang sejam menerusi pengecasan pantas.

Bagaimanapun, cabaran utama mengecas ialah haba, iaitu apabila suhu bateri melebihi paras 40ºC, proses mengecas akan jadi perlahan. BMW masih berusaha menambah baik dan meningkatkan sistem penyejukan bagi mengatasi permasalahan berkenaan.

BMW juga belum memberikan kata putus sama ada mahu meneruskan pengeluaran atau sekadar kekal sebagai model konsep. Itu semua bergantung kepada kapasiti jarak tunggangan lebih 200km dan fasiliti cas semula.

Fasiliti cas semula mungkin tiada masalah di kawasan bandar, tetapi di kawasan berbukit atau luar bandar, ia masih sukar ditemui dan inilah cabaran utama kenderaan elektrik.

BACA >>> India Turunkan Kadar GST 12% Kepada 5% untuk Motor Elektrik, Harga Dijangka Murah

GALERI

SUMBER: MCN | Motociclismo

Auto Terkini BMW DC Roadster BMW E-Power Roadster EV Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik motosikal EV roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.