Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 7 Series (2020) Debut dengan Gril Serba Baharu
Roda4

BMW 7 Series (2020) Debut dengan Gril Serba Baharu

Han OthmanBy Han Othman18/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW 7 Series (2020) melakukan debut rasmi dalam rupa serba baharu yang kali ini datang dengan gril ginjal ikonik bersaiz besar. Menurut BMW, rekabentuk gril baharu itu dibesarkan 40 peratus berbanding model 7 Series sebelum ini. In ialah model kedua BMW yang tampil dengan rekaan gril baharu besar selepas X7.

Gril besar itu dipadankan bersama lampu utama tirus, manakala lampu belakang datang dalam bentuk satu unit yang disepadukan dengan bar krom yang melintang sepanjang but. Setiap penjuru lampu utama dan lampu belakang pula saling berhubung dengan garis sisi badan yang menyerlahkan sosok tegap sedan mewah saiz-penuh ini.

BACA >>> BMW 740Le xDrive – Sedan Mewah Hibrid Plug-In Paling Berkuasa, Harga RM598k

3 PILIHAN ENJIN

BMW 7 Series menawarkan 3 varian enjin petrol berbeza. Pertama ialah varian 745e hibrid plug-in , menggunakan enjin enam sebaris bersama bateri voltan tinggi dan motor elektrik dengan total ouput sistem 394hp dan jarak pemanduan elektrik maksimum 50-60km, bergantung opsyen sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive, atau bukan.

Kedua, enjin 4.4L twin-turbo V8 yang kembali semula untuk model 750i xDrive dengan tambahan kuasa 80hp menjadi 530hp. Varian ketiga dan terakhir, M760Li xDrive yang dijana enjin 6.6L twin-turbo V12 berkuasa 585hp.

MEWAH DAN SERBA MODEN

Ruang dalaman turut dipertingkat dengan menambah baik tahap kesenyapan kabin, termasuk memperhalusi rekabentuk sekitar gerbang roda belakang, pilar-B dan penutup tali keledar, termasuk menipiskan ketebalan kaca tingkap belakang dan sisi.

Roda stereng baharu kini datang dengan butang multifungsi yang diatur semula, dan disempurnakan kemasan upholsteri baharu, termasuk menambah opsyen kulit Nappa.

BMW 7 Series (2020) kini dibekalkan sistem BMW Live Cockpit Professional sebagai standard, terdiri daripada kluster instrumen digital, dan paparan tengah skrin lebar 10.25 inci dengan BMW Operating System 7.0. Sistem operasi (OS) ini memuatkan ciri BMW Intelligent Personal Assistant, iaitu bantuan kepintaran buatan (AI) seperti Siri dan Alexa yang mampu memahami pelbagai arahan suara untuk membantu mengawal operasi kenderaan.

Fungsi pemanduan semi-autonomi juga ditawarkan menerusi pilihan pakej Driving Assistant Professional, terdiri daripada kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti-pergi, bantuan kawalan lorong dan stereng, bantuan trafik sesak, bantuan elak perlanggaran dan banyak lagi.

BACA >>> BMW X7 (2019) yang Sangat Amerika, Luas dan Besar Serba-Serbi

Harga BMW 7 Series (2020) akan diumumkan kemudian.

GALERI
BMW BMW 7 Series BMW 7 Series (2020) BMW Intelligent Personal Assistant BMW Live Cockpit Professional Roda4 Sedan sedan mewah sedan saiz penuh
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.