Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 5 Series Touring 2024, Wagon Cantik dari Jerman, 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!
Roda4

BMW 5 Series Touring 2024, Wagon Cantik dari Jerman, 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata12/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGEMAR wagon tidak perlu risaukan mengenai tawaran kerana pengeluar automotif masih berminat mengeluarkan model segmen itu.

Misalnya, BMW 5 Series Touring baharu (G61) 2024 yang hadir menawan, dan bukan setakat wagon, tetapi juga ditawarkan dalam pelbagai trenkuasa seperti petrol, diesel dan elektrik.

Sebagai model terkini, enjin pembakaran dalaman (ICE) dipadankan bersama komponen elektrik sebagai hibrid plug-in (PHEV) atau sistem 48V (diesel).

Dari segi dimensi, G61 lebih besar berbanding model sebelumnya dengan panjang 5,060mm (+97mm), lebar 1,900mm (+32mm) dan tinggi 1,515mm (+17mm).

Jarak roda G61 paling panjang dalam segmen, iaitu 2,995mm (+20mm), manakala muatan barang di but mempunyai kapasiti 570 liter dan boleh diperluas kepada 1,700 liter melalui lipatan kerusi. Bagi pasaran Britain, BMW 5 Series Touring ditawarkan dalam empat varian utama, iaitu:

  • Sport Edition
  • M Sport
  • M Sport Pro
  • BMW i5 M60 (varian premium)
i. 5 Series Sport Edition
  • Varian aras mula (termasuk sedan 5 Series).
  • Juga menjadi varian aras mula kepada model elektrik (EV) i5.
  • Stereng dua rongga Veganza.
  • Bar Interaksi (skrin papan pemuka).
  • Sistem bunyi premium Harman Kardon.
  • Rim aloi 19 inci.
  • Pengecasan AC 22kW Professional Charging (BMW i5 eDrive40 Sport).
ii. 5 Series M Sport, M Sport Pro dan i5 M60
  • Model EV dan PHEV.
  • Rim aloi 19 inci (standard) hingga 21 inci (pilihan).
  • Balutan kerusi Veganza.
  • Lencana M, cermin sisi hitam kilat.
  • Spoiler belakang M, frem Shadowline M hitam kilat, gril BMW Kidney Grille dengan Iconic Glow (nyalaan gril) – M Sport Pro.
  • Rim aloi 20 inci M, kaliper brek M Sport warna merah kilat (M Sport Pro).
  • Sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins dengan 18 pembesar suara (i5 M60 xDrive Touring),  juga pilihan untuk varian lain.
  • Rim aerodinamik M 20 inci, suspensi adaptif  (i5 M60 xDrive Touring).

VARIAN 5 SERIES TOURING ELEKTRIK

Model EV 5 Series baharu, sama ada Saloon atau Touring nampak menarik kerana berkongsi rekabentuk dengan model ICE. Model EV tidak nampak seperti EV dengan rekaan streamliner atau komponen unik. BMW UK menawarkan dua varian model EV i5:

i. BMW i5 M60 xDrive Touring
BMW i5 M60 xDrive Touring 2024
  • Pacuan semua roda (AWD) dengan motor depan dan belakang.
  • Output kuasa 601hp.
  • Tork meningkat kepada 820Nm melalui fungsi kawalan luncur M Launch Control atau M Sport Boost.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 3.9 saat.
  • Kelajuan dihadkan 230kmj.
  • Jarak pemanduan 446km hingga 505km, mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP)
ii. BMW i5 eDrive40 Touring
BMW i5 eDrive40 Touring 2024
  • Motor tunggal di belakang.
  • Output kuasa 340hp.
  • Tork 430Nm melalui fungsi Sport Boost atau Kawalan Luncur.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat.
  • Jarak pemanduan 482km hingga 561km (WLTP)

Kedua-dua varian menyimpan bateri voltan tinggi di bawah badan dengan kapasiti 81.2kWj. Kuasa pengecasan AC 22kW dan turut ditawarkan buat varian lain. Kuasa pengecasan DC 205kW.

PENGENDALIAN

Dibekalkan jarak roda panjang, kelebaran trek dan keseimbangan yang hampir kepada nisbah 50:50, binaan ringan dan ketegaran, wagon ini mempunyai keseimbangan ideal antara sporty dan keselesaan.

Wagon ini juga mempunyai stereng sport dan had kawalan gelinciran kawalan langsung serta sistem brek bersepadu versi terbaharu sebagai ciri standard.

BMW i5 Touring dan model PHEV menggunakan suspensi belakang udara boleh laras automatik (self-levelling).

Komponen lain seperti Suspensi M Sport, sistem brek M Sport dan  casis adaptif Adaptive M Chassis Professional adalah standard untuk i5 M60 xDrive Touring menerusi apsorber kawalan elektronik, Stereng Aktif Bersepadu (IAS) dengan belokan roda belakang dan Sistem Pengurusan Dinamik (DMS) ditawarkan sebagai pilihan.

Adaptive M Chassis Professional dengan Stabiliser Oleng Aktif (Active Roll Stabilizer, ARS) dan Keselesaan Oleng Aktif (Active Roll Comfort, ARC) juga ditawarkan sebagai pilihan untuk model teratas.

MODEL, HARGA BMW 5 SERIES TOURING (UK 2024)

i. BMW i5 eDrive40

 

  • Kuasa 340hp, tork 400Nm

  • Pecutan 0-100kmj: 6.1 saat
  • Kelajuan maksimum: 193kmj
  • Jarak pemanduan elektrik: 483-560kmj (WLTP)
  • Harga: £69,945 (RM419,100)
ii. BMW i5 M60
  • Kuasa 601hp, tork 795Nm
  • Pecutan 0-100kmj: 3.9 saat
  • Kelajuan maksimum: 230kmj
  • Jarak pemanduan elektrik: 446-505 kmj (WLTP)
  • Harga: £99,995 (RM599,090)

iii. BMW 530e (2.0 turbo PHEV)

  • Kuasa 299hp, tork 450Nm
  • Pecutan 0-100 kmj: 6.4 saat
  • Kelajuan maksimum: 220kmj
  • Jarak pemanduan elektrik: 84-97km (WLTP)
  • Harga: 59,455 (RM356,210)
BMW i5 M60 xDrive Touring
BMW i5 M60 xDrive Touring 2024
BMW i5 eDrive40 Touring
BMW i5 eDrive40 Touring 2024
BMW 530e Touring 2024
BMW 530e Touring 2024
BMW BMW 5 Series BMW 5 Series (2024) BMW 5 Series Touring BMW UK Roda4 Wagon
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.