Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 5 Series Serba Baharu (G30) – Sedan Eksekutif Paling Inovatif
Roda4

BMW 5 Series Serba Baharu (G30) – Sedan Eksekutif Paling Inovatif

Abang HirataBy Abang Hirata12/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW 5 Series serba baharu. Sedan sports eksekutif itu, yang kini memasuki generasi ke-7, masih mengekalkan kualiti pemanduan menyeronokkan dengan menetapkan penanda aras baru dalam segmen premium Malaysia.

BMW 5 Series (2017) baru saja memenangi anugerah iF Gold Award 2017, iaitu pengiktirafan tertinggi rekabentuk sempena iF Design Awards 2017. Malah, BMW 5 Series (2017) turut menjadi sedan eksekutif premium paling inovatif setakat ini.

Di bawah ialah ciri-ciri utama BMW 5 Series (2017):

  • Kali pertama gril signatur ‘kidney’ BMW dan lampu utama digabungkan.
  • Lampu utama Adaptif LED BMW sepenuhnya, dan lampu siang (DRL) LED – lampu bulat dan lampu suluh tinggi (high beam) mampu menerangi sejauh 500 meter.
  • BMW EfficientLightweight – bahan aluminium dan besi berkekuatan tinggi mengurangkan berat BMW 5 hingga 100kg.
  • Pekali seretan atau drag coefficient (Cd) terbaik berbanding sedan lain (hingga Cd=0.22).
  • Perubahan dimensi berbanding generasi F10 – panjang 4,936mm (+29mm), lebar 1,868mm (+8mm) dan tinggi 1,479mm (+2mm).
  • Ruang kargo 530 liter.
  • Sistem penyaman udara automatik dengan kawalan 4 zon.
  • Kerusi sport elektrik boleh laras dengan ciri memori untuk pemandu.

ENJIN

  • Enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L.
  • Famili enjin modular BMW EfficientDynamics baharu.
  • Teknologi BMW Twin Power Turbo – pengecajturbo skrol berkembar (Twin Scroll), sistem suntikan terus berketepatan tinggi, sistem kawalan injap variabel Valvetronic, dan pemasaan aci engkol variabel double-VANOS.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport.
  • Kuasa maksimum 252hp; Tork maksimum 350Nm.
  • Pecutan 0 – 100kmj, 6.2 saat.
  • Kelajuan maksimum, 250kmj.
  • Purata penggunaan bahan api 5.8 liter per 100km

MOD PEMANDUAN

  • Kawalan pengalaman pemanduan Driving Experience Control.
  • Opsyen mod Comfort, Sport, Eco Pro dan Adaptive.
  • Mod Adaptive berfungsi bersama Kawalan Peredam Dinamik (Dynamic Damper Control – DDC) dan Sistem Navigasi Profesional (Navigation System Professional -NSP). Stereng, DDC dan sistem Steptronic akan mengadaptasi gaya pemanduan semasa, termasuk laluan secara automatik.

KOMUNIKASI & HIBURAN

1. Sistem iDrive Generasi Terkini

  • Ada fungsi navigasi, hiburan dan kenderaan menerusi skrin sentuh resolusi tinggi 10.25-inci.
  • Boleh dioperasi menggunakan kawalan iDrive, arahan suara, gestur atau sentuhan pada skrin secara terus.
  • Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control) berfungsi melalui gestur tersendiri.

2. BMW Connected

  • Membolehkan pengguna menguruskan masa lebih efisien, dan menjadikan perjalanan lebih lancar.
  • Rekomendasi masa untuk memulakan perjalanan dan mengakses fungsi kenderaan dari jarak jauh.
  • Akses pemandu melalui aplikasi telefon pintar BMW Connected.

3. Paparan LCD Standard dan Paparan Berwarna Resolusi Tinggi

  • Memaparkan amaran seperti Kawalan Periksa (Check Control) dan maklumat Bantuan Pemandu (Driver Assistant).
  • Info Had Kelajuan (Speed Limit Info) supaya pemandu kekal peka dengan had kelajuan terkini, termasuk maklumat tentang fungsi Kawalan Jelajah Aktif (Active Cruise Control), Henti & Pergi (Stop & Go) dan Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning).

4. BMW Display Key

  • Paparan LCD berwarna dan panel kawalan sentuh memaparkan status kenderaan.
  • Beberapa fungsi tertentu boleh dikawal menerusi paparan sentuh bersepadu.
  • Ciri lain pada BMW ConnectedDrive ialah Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call), Teleservis BMW (BMW Teleservices), Perkhidmatan Rencam (Concierge Services) dan Perkhidmatan Jarak Jauh (Remote Services).

TEKNOLOGI PEMANDUAN

1. Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan Fungsi Stop & Go

  • Menukar kelajuan mengikut situasi trafik berasaskan radar dan data kamera.
  • Berfungsi pada kelajuan hingga 210kmj.
  • Kenderaan perlahan dan berhenti jika jalan raya sesak.
  • Sistem kembali berfungsi apabila radar mengesan kenderaan di depan mula bergerak.
  • Mengenal pasti bulatan dan susur keluar lebuh raya serta mengawal kelajuan.

2. Info Had Laju dengan Bantuan Had Laju Pintar

  • Berfungsi mengesan had kelajuan dan menghantar maklumat ke dalam fungsi ACC dengan Stop & Go.
  • Kelajuan boleh disesuaikan mengikut tahap kelajuan dibenarkan pada sistem kawalan jelajah (auto cruise) dari 15 to +15 kmj.

3. Amaran Kawalan Dekat (ACW) & Amaran Individu dengan Pembrekan Bandar (PWCB)

  • Beri amaran dan membrek automatik pada had kelajuan antara 10kmj sehingga 60kmj bagi objek halangan  manusia, manakala had kelajuan 80kmj bagi kenderaan lain.
  • Jika kemalangan tidak dapat dielakkan, fungsi Pembrekan Bandar atau City Braking membantu mengurangkan impak pelanggaran.
  • ACW memberi amaran jika mengesan risiko pelanggaran dengan kenderaan depan pada kelajuan lebih tinggi.
  • Mememastikan brek boleh memberi maklum balas pantas dalam jarak membrek pendek.

4. Sistem Amaran Trafik Lintas Belakang (CTW)

  • Bantu pemandu mengundur keluar dari petak parkir.
  • Beri amaran jika ada kenderaan bergerak dalam situasi pemandu sukar melihat kereta lain di sekeliling.
  • Berfungsi dengan kamera pandang belakang, sistem CTW belakang menyediakan paparan imej jelas.
  • Sistem Perlanggaran Belakang (Rear Collision) berfungsi mengesan risiko bahaya rempuhan menerusi sensor belakang kereta, termasuk memberikan amaran kepada pengguna jalan raya lain menerusi lampu kecemasan.

PAKEJ BMW 530i M Sport

  • Rim aloi ringan 19-inci.
  • Brek M Sport dan kaliper biru dengan huruf ‘M’.
  • Komponen M Aerodynamics didatangkan dengan warna badan, penutup sil sisi, apron hadapan dan belakang.
  • Kerusi sports untuk pemandu dan penumpang depan.
  • Kemasan berlampu bingkai pintu M.
  • Pedal M dan stereng M kulit.

WARNA DAN KEMASAN DALAMAN

  • Hitam (Black Sapphire)
  • Kelabu (Sophisto Grey Brilliant Effect)
  • Putih (Alpine White)
  • Biru (Mediterranean Blue).

Warna luaran dipadankan bersama upholsteri dalaman hitam (Dakota Black) dengan kontras trim jahitan biru, manakala Dakota Cognac selesa dengan warna putih, kelabu dan hitam.

GALERI

BMW BMW 5 Series BMW 5 Series (2017) BMW Group Malaysia Roda4 sedan premium
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.