Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV
Roda4

#BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta, TOYOTA, akhirnya memperkenalkan Hilux Travo 2026, generasi kesembilan bagi trak pikap ikoniknya yang kini tampil dengan perubahan besar dari segi reka bentuk, kabin dan trenkuasa. Untuk pasaran Thailand, model baharu ini menggunakan nama Hilux Travo, sekali gus memperkenalkan varian seperti PreRunner, 4TREX, Overland dan yang paling menarik, Hilux Travo-e, iaitu Hilux EV pertama dalam sejarah.

Harga bermula dari 899,000 Baht (sekitar RM115,000) untuk varian diesel biasa, manakala Hilux Travo Overlandbermula dari 1,102,000 Baht (sekitar RM142,000). Bagi versi elektrik penuh Hilux Travo-e, harga bermula dari 1,491,000 Baht (sekitar RM192,000).

Rekaan Lebih Garang, Inspirasi Land Cruiser

Berbanding model terdahulu yang telah berada di pasaran sejak 2015, Hilux Travo tampil dengan wajah yang jauh lebih agresif dan bersegi. Bahagian depan menampilkan lampu LED nipis pada varian lebih tinggi, dengan tulisan Toyota di tengah yang mengingatkan kepada gaya trak Amerika dan SUV seperti Land Cruiser.

Bumper hadapan juga direka lebih tegap dengan bukaan udara dua lapis, manakala varian EV menerima panel atas tertutup bagi identiti elektrik yang lebih kemas. Lampu kabus pula diletakkan rendah di bucu bumper untuk penampilan lebih lasak.

Di belakang, pintu tailgate dihiasi tulisan Toyota bersaiz besar bersama lampu belakang LED rekaan baharu yang disambung bar cahaya.

Pelbagai Gaya Badan, Ground Clearance Kekal Tinggi

Toyota masih mengekalkan pilihan gaya badan seperti Double Cab, Single Cab dan Smart Cab, sesuatu yang penting untuk pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Dari segi kelegaan tanah, varian PreRunner dan Overland menawarkan sehingga 225 mm, manakala Standard Cabberada pada 217 mm. Menariknya, Hilux EV masih mengekalkan 215 mm ground clearance, walaupun membawa pek bateri.

Kabin Serba Baharu

Masuk ke ruang dalaman, papan pemuka Hilux Travo telah direka semula sepenuhnya dengan inspirasi jelas daripada Toyota 4Runner pasaran Amerika Syarikat.

Reka bentuk lebih bersegi dan tegap, lengkap dengan skrin infotainment terapung serta stereng yang mirip Toyota Land Cruiser. Kawalan pendingin hawa masih menggunakan tombol fizikal, satu ciri yang pasti digemari pengguna pikap.

Toyota turut memperkenalkan kluster meter digital penuh untuk semua varian, satu peningkatan besar berbanding model terdahulu. Selain itu, Hilux ini juga merupakan yang pertama menawarkan Electronic Parking Brake (EPB)untuk varian lebih tinggi.

Enjin Diesel 2.8 Liter, 204 Horsepower

Untuk versi diesel, Toyota mengekalkan enjin 2.8 liter turbodiesel yang menghasilkan 204 horsepower pada 3,000 hingga 3,400 rpm. Tork pula mencecah 500 Nm bagi varian automatik, manakala versi manual menghasilkan 420 Nm. Enjin lama 2.4 liter kini dihentikan sepenuhnya.

Transmisi 6-kelajuan automatik dan manual masih dikekalkan, sesuatu yang sudah terbukti tahan lasak untuk kegunaan kerja dan off-road.

Hilux EV Pertama Dalam Sejarah

Tarikan utama sudah tentu Hilux Travo-e, versi elektrik penuh pertama untuk model ini. Ia menggunakan motor elektrik berkembar (dual-motor) dengan output gabungan 196 horsepower (144 kW). Motor depan menghasilkan 205.5 Nm, manakala motor belakang 268.6 Nm.

Kuasa dibekalkan oleh bateri 59.2 kWh lithium-ion, menawarkan jarak pemanduan sehingga 315 km (NEDC). Untuk pengecasan, ia menyokong DC fast charging sehingga 125 kW, manakala pengecasan AC maksimum adalah 10 kW.

Ciri Keselamatan, Teknologi Terkini

Hilux Travo baharu hadir dengan Toyota Safety Sense 3 (TSS 3) yang merangkumi fungsi ADAS lebih maju termasuk sistem pra-pelanggaran dan bantuan kekal lorong yang dipertingkat.

Varian terpilih turut menerima Panoramic View Monitor (PVM) dan Multi-Terrain Monitor (MTM), sangat berguna untuk pemanduan off-road.

Bila Masuk Malaysia?

Melihat kepada kepentingan segmen pikap di Malaysia, kemasukan Hilux Travo ke pasaran tempatan dilihat hanya menunggu masa.

Dengan saingan semakin sengit daripada model-model baharu, Toyota pasti perlu membawa masuk generasi kesembilan ini secepat mungkin untuk mengekalkan kedudukan Hilux sebagai antara pikap paling laris di negara kita.

Toyota Hilux Travo Single Cab

Toyota Hilux Travo Double Cab

Toyota Hilux Travo-e

Auto Terkini Malaysia pasaran asia tenggara pikap trak Thailand Toyota Hilux Toyota Hilux Travo Toyota Hilux Travo-e trak pikap malaysia trak pikap terbaru
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.