Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#BIMS2018: Honda Forza 300 Jengah Pasaran Thailand, Harga ฿169,000 (RM21k)
Auto Terkini

#BIMS2018: Honda Forza 300 Jengah Pasaran Thailand, Harga ฿169,000 (RM21k)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/03/20188 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Forza 300 rasmi dilancarkan di Thailand sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2018. Sebagai peminat skuter, anda mungkin kecewa kerana model ini tiada dalam senarai produk baharu Boon Siew Honda tahun ini untuk pasaran Malaysia.

Selain skuter maxi tersebut, AP Honda Co Ltd, selaku pengedar rasmi motosikal Honda di Thailand memperkenalkan tujuh lagi model baharu:

  • PCX Electric
  • PCX Hybrid
  • Honda Goldwing
  • CB1000R
  • Africa Twin Adventure Sport
  • Honda Monkey
  • C125.

HONDA FORZA 300

Selain Forza 300, dua lagi model skuter dibawa masuk ialah PCX Electric dan PCX Hybrid. Nampaknya PCX Hybrid menjengah pasaran Thailand lebih awal berbanding Malaysia.

Skuter maxi Forza 300 serba baharu menawarkan rekabentuk mewah dengan keupayaan tunggangan urban yang fleksibel dan berprestasi. Pasaran Thailand menerima model bersesaran 279cc dengan nisbah mampatan 10.5:1. Padanan saiz gerek dan lejang, 72mm x 68.6mm dengan kuasa 25hp pada 7,000rpm dan tork 27.2Nm (5,750rpm), manakala hantaran kuasa kepada roda belakang disalurkan transmisi V-Belt.

Menariknya, Forza 300 versi Thailand ini didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda yang dibalut tayar Pirelli 120/70 R15 di depan dan 140/70 R14 di belakang. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang.

Imej mewah Forza 300 diserlahkan menerusi ciri lampu LED di depan, signal dan belakang. Tidak ketinggalan visor angin boleh laras elektrik. Saiz ruang simpanan besar mampu mengisi dua helmet separuh muka dan turut disertakan soket pengecas dan pemegang botol.

Dengan berat 183kg, ketinggian pelana 780mm boleh dikatakan agak tinggi untuk penunggang Asean. Namun saiz dimensi panjang (2,142mm), lebar (754mm) dan tinggi (1,471mm) dengan jarak kelegaan tanah 1,510mm membuatkan skuter ini masih mudah ditanggang meredah kesibukan lalu lintas dalam bandar. Ketiga-tiga model sudahpun berada di pasaran Thailand pada harga cadangan ฿169,000 (RM21,028).

SEGMEN CUB: MONKEY 125 & HONDA C125

Lebih eksklusif, Honda Thailand turut memilih membawa masuk kapcai legenda yang dijangka menambat perhatian peminta motosikal klasik. Model C125 masih mengekalkan rekabentuk asli yang dipinjamkan daripada skuter terkenal 60-an, Super Cub C100.

Menariknya, model klasik tersebut dilengkapi ciri moden seperti lampu utama bulat LED dengan perumah T di depan dan tidak ketinggalan ciri LED untuk lampu signal, henti dan belakang. Kapcai retro ini ditawarkan pada harga promosi ฿84,900 bath (RM10,557) berbanding harga cadangan 89,000 bath (RM11,067).

Pembeli juga boleh memilih aksesori pilihan daripada jenama kustom seperti Bell, Bikers, G-Craft, Kitaco, Moriwaki, H2C pada harga istimewa sepanjang acara berlangsung.

Sementara itu, kehadiran Monkey 125 baharu juga menambahkan lagi pilihan produk fun bike di Thailand. Jentera ‘monyet’ versi 2018 itu didatangkan dengan lampu depan bulat, tangki minyak logam, cat badan berkilat, meter LED dan grafik LED Monkey Face yang direka khas. Harga cadangan Monkey 125 ialah ฿99,000 bath (RM12,312).

GALERI
HONDA FORZA 300 & PCX ELECTRIC/HYBRID
HONDA MONKEY 125 & C125
A.P. Honda Co. Ltd Boon Siew Honda Honda C125 Honda Forza 300 Honda Monkey 125 roda2 skuter skuter maxi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.