Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bilakah Perodua Myvi 2017 Akan Dilancarkan? Inilah Jawapan Perodua….
Auto Terkini

Bilakah Perodua Myvi 2017 Akan Dilancarkan? Inilah Jawapan Perodua….

Abang GYLBy Abang GYL21/05/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PeroduaBARU-BARU ini saya bersama rakan media lain diundang oleh Perodua ke Terengganu bagi memandu uji model Bezza dan Axia versi facelift.

Nampaknya Perodua kini sedang berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 202,000 sepanjang tempoh 2017.

Bagi empat bulan pertama, Perodua sudah menjual 64,700 unit kenderaan bagi tempoh Januari hingga April 2017.

Daripada jumlah berkenaan, Perodua Axia ialah model paling laris dengan mencatatkan penjualan sebanyak 22,000 unit dan diikuti dengan Bezza (19,500), Myvi (13,900) dan Alza (9,300).

Gambar Hiasan

BILA PERODUA MYVI 2017 NAK LANCAR?

Kami juga sempat bertanya kepada Perodua adakah akan ada kejutan pada tahun ini, mungkin pengenalan Myvi 2017.

Ini ialah jawapan daripada Perodua. “Tunggu la, kalau ada kami akan umumkan nanti.”

Nampak gaya pihak Perodua masih mengunci mulut mengenai kehadiran Myvi 2017 itu. Namun berdasarkan sumber risikan yang kami terima, model kompak dengan julukan King of the Highway itu kini sudah ada pengganti baharu.

Menurut sumber yang kami hubungi, Perodua Myvi 2017 kemungkinan besar bakal menjengah pasaran menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini, iaitu sekitar September-November 2017.

Tidak banyak didedahkan sumber yang enggan dikenali itu, cuma apa dimaklumkan saiz dalaman model pengganti Myvi itu kelak akan tampil lebih luas.

Bagaimanapun, kami merasakan maksud luas itu boleh jadi pada pandangan visual sahaja atapun mungkinkah ada perubahan dimensi kereta sama ada luaran atau dalaman?

BACA >>> Toyota Passo Model Pengganti Perodua Myvi?

ENJIN BAHARU?

Kami juga tidak menolak kemungkinan Perodua Myvi 2017 akan menggunakan enjin 1.3L yang sama seperti Bezza, iaitu 1NR-VE dengan Dual VVT-i berkuasa 94hp pada 6,000rpm dan tork 121Nm (6,000rpm).

Apatah lagi enjin itu adalah improvisasi Perodua daripada enjin K3-VE yang digunakan Myvi kini yang pastinya lebih baik, cekap, dan menjimatkan. Transmisi pula kekal jenis konvensional automatik 4-kelajuan, 4E-AT, dan versi manual juga ditawarkan untuk varian paling rendah.

BAGAIMAN PULA ASPEK KESELAMATAN

Dengan meletakkan Bezza sebagai model penanda aras baharu Perodua, kami menjangkakan varian premium Myvi 2017 akan didatangkan dengan beberapa ciri moden terkini yang tiada pada Myvi sedia ada seperti:

  • Masukan pintar dengan punat tekan-mula
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Bantuan Mula-Daki (HSA)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’, kamera undur
  • Bukaan but secara kawalan jauh

Jika Toyota melengkapkan Passo dengan pembuatan frem yang lebih rigid daripada besi ketegangan tinggi, termasuk 6-beg udara (2 depan, 2 sisi dan 2 tirai), apakah Perodua Myvi 2017 akan mengikut jejak sama. Tambahan lagi ciri tersebut sudah pun ditawarkan model si abang, Proton Iriz. Apakah Perodua akan melakukan kejutan?

Selamat berteka-teki!

BACA >>> Ketahui 4 Faktor Kejayaan Perodua Myvi

axia Bezza myvi 2017 Perodua Perodua Myvi 2017 perodua myvi baharu
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026

    4 Comments

    1. Wan AZ on 22/05/2017 16:37

      Dear editor,

      We wish you could use more logical and senses of bahasa language in translating word by word from English noun or its abbreviation. So embarrassing to see you all the experienced journalist giving wrong impression of the language in explaining the story or points from the product you proposed. Example below ;

      Masukan pintar dengan punat tekan-mula

      Kawalan Traksi (TRC)

      Bukaan but secara kawalan jauh

      Spelling & meaning ! how to explain to none savvy motor vehicle personnel? Especially orang kampung, So shame!! You could explain them better. Do not feel people understand what is in your head, here is already my critic on your writing !

      Regards.

      Wan

      Reply
      • AO on 22/05/2017 19:14

        Apa yang tidak logikal? Apa yang tidak sense? Atau tuan sendiri yang tidak faham sebab tak biasa baca bahan ilmiah BM? Pernah baca brosur atau pamflet kereta dalam BM atau Indonesia? Pernah semak kamus kejuruteraan BM?

        Sepanjang 3 tahun, tiada lagi orang kampung hantar e-mel (atau surat) beritahu tak faham. Atau tuan yang merendah-rendahkan tahap intelek orang kampung.

        Reply
        • Farid on 24/05/2017 01:08
          Reply
        • natea on 29/05/2017 23:58

          Lahabaukan je dia tu bro….lagak je tuhh…konon tak faham….

          Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.