Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Yamaha Exciter dengan Kos Modifikasi Lebih Mahal daripada Axia
Bikin Auto

#BikinMotor: Yamaha Exciter dengan Kos Modifikasi Lebih Mahal daripada Axia

AryonBy Aryon04/09/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Exciter 150 ini pernah merangkul tiga hadiah utama dalam pertandingan rekabentuk motosikal cantik seluruh Vietnam. Anda mungkin setuju, tambah-tambah lagi jika mengaku pencinta YSuku, selepas melihat foto dan membaca lanjutan artikel di bawah ini.

Kebanyakan perincian asal digantikan dengan barangan kustom yang dipinjamkan daripada jentera kuasa besar. Antaranya rim saiz besar, dwi brek cakera bersaiz besar dan fork terbalik (USD).

BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

Lebih spesial, ‘YSuku Vietnam’ ini memiliki plat nombor unik 11.111 yang pastinya menaikkan nilai pasaran model ini. Ya, orang Vietnam pun gila nombor plat cantik juga.

Antara aksesori dan barangan mewah digunakan ialah rim karbon Rotobox, dwi brek cakera BreakTech Racing, brek Brembo, fork USD Öhlins, tayar daripada Kawasaki Z1000, dan fender karbon dengan anggaran harga mencecah jutaan dong.

BACA >>> Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?

Bagi posisi tunggangan sporty, pemilik motosikal ini menggantikan peg kaki asal dengan produk Rizoma Italy, manakala set suspensi belakang Öhlins membantu kapcai ini dipacu lebih lancar dan stabil.

Rim karbon Rotobox yang dibalut tayar Z1000 memberikan ekstra cengkaman, manakala ekzos karbon MIVV berserta leher ekzos titanium bukan saja menyerlahkan penampilan unik super moped ini, tetapi mampu melepaskan deruman yang cukup menggiurkan.

Tentang rim, komponen roda itu bukan saja tahan lasak, tetapi juga ringan, dengan berat kurang 5kg untuk kedua-dua rim, dan semestinya membantu melonjakkan halaju maksimum kapcai ini.

BACA >>> Selepas Teruk ‘Kena Bahan’, Giliran Shuib Pula Tayang YSuku 'Power' dan Sindir Zizan

Tidak dilupakan swingarm bengkok yang membuatkan Exciter dari Saigon ini nampak lebih tegap dan maskular. Lihat pula tetingkap transparen pada enjin yang pasti mengingatkan kita kepada model Ducati.

Rupa depan diserikan tuil brek dan klac Brembo, manakala stereng kuasa daripada Panigale 1199 berfungsi menjadikan roda stereng kapcai ini lebih kompak dan stabil apabila menunggang dalam halaju tinggi.

Rupa depan mengambil konsep gaya ‘fighter’ menerusi panel kepala solid tanpa lampu yang diubah ke bawah fairing dada (sama seperti Honda Winner X?).

Menurut tuan motor, keseluruhan modifikas Exciter 150 ini bernilai 200 juta dong (RM36,280). Mungkin ada kata tidak berbaloi dan lebih baik beli motosikal besar. Tetapi semua itu tetap tidak dapat menandingi falsafah ‘hobi kami mahal’. Lebih manis lagi, walaupun kos modifikasi mahal tak hengat, tetapi nilai motosikal ini selepas dibikin dianggarkan mencecah 300 juta (RM54,410), termasuk harga plat nombor!

Amekk kooo…

GALERI
bikin motor Vietnam Yamaha Yamaha Exciter 150 Yamaha Exciter Saigon Yamaha Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026

    2 Comments

    1. Asyyy25 on 05/09/2019 00:07

      Buat moto cmnie xslah disisi undang undang ke

      Reply
      • AO on 05/09/2019 23:28

        Kena rujuk JPJ untuk spec yang lepas

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.