Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Syarikat Itali Tawar Pakej Kustom Model EV Zero Motorcycles
Bikin Auto

#BikinMotor: Syarikat Itali Tawar Pakej Kustom Model EV Zero Motorcycles

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ZERO Motorcycles memang terkenal sebagai pengeluar motosikal elektrik dengan rekabentuk dan gaya menarik. Ada yang menyamakan pengeluar itu sebagai ‘Tesla versi Motosikal’.

Setakat ini, pengeluar yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu sudah menghasilkan sembilan varian untuk lima segmen motosikal elektrik berbeza. Rekabentuk pula tampak seperti mengambil ilham gaya Eropah dan Asia Timur.

Buat mereka yang mahukan kelainan syarikat rekabentuk motosikal dari Itali, E-Racer Motorcycles (E-Racer) menawarkan dua pakej ubah suai untuk dua model Zero Motorcycles: Zero SR/F (naked bike) dan FXS (supermoto), yang dijenamakan semula sebagai, Edge dan Rugged Mark2.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

1. E-RACER EDGE

Model EDGE diubah suai daripada Zero SR/F menjadi cafe racer elektrik dengan kombinasi elemen futuristik dan gaya oldskool. Lampu depan digantikan projektor LED dengan dua lampu siang (DRL). Teknik modifikasi kemas dan unik banyak membantu menyerlahkan imej agresif model ini.

Klip pemegang bar hendal rendah membantu menguatkan profil rendah dan ini dibantu rekabentuk tangki sel bahan api (fuel cell) kompak. Dua panel sisi tangki motosikal ini ditanggalkan, dan begitu juga pelindung bawah pek bateri litium-ion 14.4kWh.

BACA >>> Zero SR/F (2019) – Streetfighter EV Wajah Konvensional yang Mampu Pecut 200kmj!

Rupa asal Zero SR/F.

Pelana kulit sulaman tangan menyerikan penampilan EDGE yang didominasi skema warna perak-hitam.  Tiada pembaharuan dibuat pada frem trellis. Fork menggunakan jenis terbalik (USD) di depan dan monoshock AirTender di belakang. E-Racer memilih untuk tidak membuat sebarang talaan baharu ke atas jentera sedia ada dan kuasa kekal pada 110hp dan tork 190Nm dengan kelajuan maksimum 200kmj.

Isian penuh EDGE mampu ditunggang sejauh 259km dalam bandar dan 132km di lebuh raya sebelum perlu dicas semula. Tempoh mengecas ialah 4.5 jam menggunakan pengecas biasa, dan 1.5 jam untuk pengecas pantas.

 

2. E-RACER RUGGED MARK2

E-Racer RUGGED Mark2 pula menggunakan asas Zero FXS dan sama seperti namanya, model ini memang nampak rugged! Lampu depan menggunakan dua unit lampu LED kecil.

E-Racer turut merekabentuk semula panel badan dengan mewujudkan ruang storan bawah pelana yang tersimpan lampu pencahayaan dan dua palam pengecas USB. Ruang storan juga cukup untuk menyimpan kabel pengecas asal sepanjang 15 meter.

Rupa asal Zero FXS.

Pelana direka tirus dan memanjang, manakala panel badan sisi dan bawah pelana disadur cat anticalar gred militari. Ada kabel khas untuk mengecas semula pek bateri litium-ion 6.3kWh. RUGGED turut mengekalkan trenkuasa elektrik asal  berkuasa 46hp dan tork 106Nm dengan kelajuan maksimum 137kmj.

RUGGED boleh ditunggang sejauh 161km di bandar dan 64km di lebuh raya. Tempoh mengecas penuh ialah 9.7 jam untuk pengecas biasa, dan 1.8 jam untuk pengecas pantas.

BACA >>> Zero Motorcycle Umum Barisan Model Baharu 2019

Harga perlu dibayar untuk menaik taraf EDGE atau RUGGED Mark2 adalah €6,000 (RM23,082), tidak termasuk harga motosikal. Sebanyak 5 unit tempahan awal akan dihantar kepada pelanggan menjelang musim bunga 2020.

SUMBER: Motorcycle.com| RideApart | ZigWheels | E-Racer

bikin motor E-Racer Motorcycles Zero Motorcycles
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.