Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri
Bikin Auto

#BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/02/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA EX-5
boleh dianggap sebagai model paling sukses bagi Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia dengan mencatat jualan lebih 2 juta unit sejak dilancarkan pada 1987.

Jenama EX-5 sudah berusia 35 tahun dan inilah ‘Raja Kapcai’ sebenar walaupun zaman kegemilangannya semakin tenggelam dengan kemunculan model baharu lain yang lebih moden. Bukan hanya di Malaysia, EX-5 atau dipanggil Dream di Thailand juga menambat hati ramai pembeli di sana. Begitu juga di Indonesia, Vietnam dan negara lain.

Ramai peminat Malaysia sanggup melakukan restorasi supaya EX-5 mereka kembali baharu seperti baru keluar dari kilang. Di Vietnam pun boleh tahan gila juga, seorang mat motor sanggup membelanjakan 100 juta dong (RM17,580) untuk membikin Dream miliknya menjadi kapcai edisi khas yang nampak seperti motosikal tidak siap.

Menurut portal Zingnews, pemilik dari bandar raya Ho Chi Minh itu memasangkan banyak komponen berjenama popular pada kapcai tersebut dengan menamakan ia sebagai Dream Black Edition.

Aspek rekabentuk asal masih dikekalkan dengan membalut komponen plastik asal dengan gentian karbon. Tugas itu diserahkan kepada kedai aksesori popular, Taboo Shop.

Antara komponen dibalut kemasan gentian karbon ialah keseluruhan bahagian badan motosikal, terdiri daripada fender dan panel fairing depan, ekor fairing belakang, hujung madgad belakang, bar genggam belakang dan penutup kotak angin.

Perubahan pada hendal adalah tambahan konsol dan tuil brek Brembo KTM Racing, terotel digantikan dengan Domino XM2 Black dan sambungan perumah kabel brek titanium. Grip getah Spider termasuk pada terotel menggantikan barang standard. Konsol suis kawalan pada hendal kiri diambil daripada motosikal kuasa besar.

Bagi meningkatkan kestabilan kawalan, satu damper jenama Matris SDR diikat pada batang fork dan badan motosikal. Sama seperti ramai mat motor Vietnam lain, suspensi Nitron kekal sebagai pilihan. Cuma kali ini warna pilihan bukan biru, tetapi kelabu coklat.

Rim jenis Tako Sago Excel hitam diikat dengan jejari jenama Takegawa dan dibalut tayar Pirelli Rosso Sport. Komponen paling mahal ialah brek, terdiri daripada set cakera dan kaliper Brembo Black Edition untuk kedua-dua roda. Sambungan sistem brek pula melibatkan kombinasi berlainan komponen daripada jenama Brembo, GaleSpeed, Hel dan Earls.

Melihat enjin, pemilik ini sudah melakukan naik taraf untuk meningkatkan kelajuan dengan memasang kepala paip ekzos jenis titanium pada ekzos standard. Tiada data diberikan mengenai kuasa maksimum. Swingarm asal ditukar kepada aluminium ringan G-Craft. Tambahan komponen lain dilihat ialah sproket aluminium canai (CNC), penendang kaki Takegawa dan skru jenis Titanium Grade 5.

BACA >>> Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
BACA >>> Honda CD 110 Dream dengan Brek Kombi (CBS) Lancar di India, Harga Bermula RM2.9k!

SUMBER: Zingnews.vn

Bikin Auto bikin motor Boon Siew Honda (BSH) Honda Dream Honda EX-5 Modifikasi roda2 ubah suai
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Belang Tarung on 09/02/2021 15:27

      dulu aku ade sebijik honda dream…setakat kb-kuantan tu rileks saja..apalagi..sentul – bera…lasak kalahkan 3310

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.