Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Mat Motor Vietnam Reka BMW S 1000 RR Versi Kadbod
Bikin Auto

#BikinMotor: Mat Motor Vietnam Reka BMW S 1000 RR Versi Kadbod

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN semua peminat superbike ada cukup wang untuk menunaikan impian memiliki jentera idaman mereka itu, lebih-lebih lagi model semewah BMW S 1000 RR.

Namun, itu tidak mematahkan semangat sekumpulan individu di Vietnam yang bersatu hati dan menggabungkan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan BMW S 1000 RR versi kadbod.

Satu klip video berdurasi 21 minit 53 saat yang dimuat naik NHET TV di laman YouTube menunjukkan beberapa lelaki menggunakan model kapcai, dipercayai Honda Wave 100 sebagai asas projek BMW S 1000 RR kadbod.

BACA >>> BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k

Kapcai asal itu ditanggalkan semua komponen fairing dan diubah suai frem asal selain menghasilkan pautan swingarm tunggal, termasuk rim kustom pada roda belakang.

Gambar lakaran artis model BMW S 1000 RR dijadikan contoh rujukan. Kemudian, kadbod dipotong dan dilekatkan untuk membentuk fairing yang mirip model superbike Jerman itu. Penggunaan kadbod turut membabitkan semua komponen fairing tiruan seperti hiasan brek cakera, kaliper kedua-dua roda dan sistem ekzos sport kadbod.

BACA >>> Lakaran 3D BMW S1000RR (2019) Bocor Sebelum Debut Global

Selepas kerja menghasilkan kadbod selesai, salah seorang ‘jurutera’ itu pun menunggang uji superbike kadbod itu di jalan raya. Bagaimanapun, sesi tunggang uji tersebut mengalami beberapa masalah seperti rim belakang tidak stabil dan kowl kadbod bawah enjin disambar api. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Kumpulan lelaki sama itu juga dikatakan pernah menghasilkan jentera replika Ducati Panigale versi kadbod dengan menggunakan basikal buruk dan Lamborghini Sian kadbod pada Januari dan Disember lalu.

Asalkan tak menyusahkan orang ramai, apa dilakukan anak muda Vietnam itu memang harus dipuji. Unik dan kreatif!

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Jadi BMW S1000RR

GALERI

SUMBER: MotorradOnline | YouTube

bikin motor BMW BMW S 1000 RR Mat Motor Vietnam roda2 superbike Vietnam
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.