Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Ubah Jadi Cafe Racer Neo-Retro
Bikin Auto

#BikinMotor: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Ubah Jadi Cafe Racer Neo-Retro

ShawkathBy Shawkath03/08/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH ramai peminat di banyak negara (termasuk Malaysia) masih setia menunggu kehadiran sportbike suku liter empat dapur, Kawasaki Ninja ZX-25R.

Sebaliknya di Indonesia, sebagai negara terawal menerima model itu, kini sudah muncul versi diubah suai hasil sentuhan peminat modifikasi republik itu.

Terbaharu, salah seorang pemilik Ninja ZX-25, Muhammad Kharomain atau ‘Arro Gantz’ memutuskan mengubah suai sportbike miliknya itu menjadi sebuah cafe racer dengan menyerahkan kerja-kerja modifkasi kepada bengkel kustom Street Art Custom (SAC).

BACA >>> Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!

Arro berkata;

Motosikal  diambil dari pihak pengedar Kawasaki dan saya hantar terus ke SAC, serahan dibuat di bengkel mereka. Memang awal dulu saya mahukan motosikal gaya cafe racer.”

“Anda boleh kata ini cuma modifikasi (luaran). Tapi komponen digunakan adalah alat ganti tulen yang sama. Malah posisi kedudukan pelana masih sama dan bukan seperti cafe racer sebenar. Ia masih motosikal (ZX-25R) normal. Jadi, modifikasi cuma gaya saja.”

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

Konsep modifikasi pilihan Arro ialah neo cafe racer atau cafe racer gaya moden dengan pembaharuan minimalis yang tidak keterlaluan. Dari depan, Ninja ZX-25R itu berubah wajah secara menyeluruh dan tidak lagi mempamerkan karakter garang.

Fairing juga nampak agak comel dengan penggunaan set lampu utama kembar bulat jenis LED. Visor angin asal masih digunakan.

Keseluruhan badan menggunakan skemawarna Green Candy dan Solid Black (hijau metalik hitam) dengan grafik garisan putih serta nombor 78 pada bahagian depan dan belakang motosikal.

BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?

Beberapa komponen Ninja ZX-25R ditukar kepada unit gentian karbon seperti papan pemuka, sisi badan dan ekor belakang. Malah pelana motosikal mengetengahkan konsep karbon.

Lampu belakang ditempatkan dalam perumah berbentuk kotak baharu dan lampu kembar brek itu juga berfungsi sebagai lampu signal belok.

BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

Sistem ekzos asal dikustomkan kepada jenis kembar buatan Street Art Custom. Arro mendakwa tuner turut memasang peredam bunyi bagi mengurangkan kesan bunyi ekzos ‘perang’.

Rim digunakan masih standard Ninja ZX-25R, tetapi dicat semula. Set tayar ditukar kepada jenis Battlax S22 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).

Tempoh mengubah suai sportbike tersebut menjadi cafe racer itu mengambil masa hampir lima bulan dengan kos perbelanjaan sekitar 40 juta rupiah (RM11,751).

BACA >>> Kawasaki Indonesia Lancar Ninja ZX-25R (2021), Tambah Dua Warna Baharu
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Teknik Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

SUMBER: Tempo |Instagram Arro

Arro Gantz Bikin Auto bikin motor Kawasaki Ninja ZX-25R Kawasaki Ninja ZX25R Indonesia Muhammad Kharomain roda2 sportbike Street Art Custom (SAC)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.