Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Enjin Standard, Tapi Ubah Suai Honda Wave 110 Ini Bernilai RM37k!
Bikin Auto

#BikinMotor: Enjin Standard, Tapi Ubah Suai Honda Wave 110 Ini Bernilai RM37k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Wave 110 memasuki pasaran Vietnam seawal 1990-an dan menjadi antara kapcai digemari ramai kerana menawarkan rekabentuk yang ringkas, tetapi masih menarik dipandang dengan enjin tahan lasak.

Walaupun kapcai import Thailand itu sudah memasuki usia tiga dekad, tetapi kekal mampu mengumpul kelompok peminat tersendiri yang sanggup berbelanja sakan untuk mengubah suai model tersebut menjadi sesuatu lebih istimewa.

Pemilik Wave 110 dari bandar Ben Tre di Vietnam ini adalah contoh terbaik modifikasi ‘gila’ dari negara jiran tersebut kerana dia mendakwa menghabiskan wang sebanyak 200 juta dong (RM37,190) untuk membikin kapcai kesayangannya itu.

BACA >>> Dua Beradik Bikin Motor Banjir Dua Jam Saja!

Masih mengekalkan rekabentuk asal Honda, ada empat bahagian fairing plastik disadur bahan gentian karbon, iaitu penutup fork, panel tengah badan (antara hendal dan pelana), penutup kepala (meter) dan madgad belakang. Kos untuk empat komponen gentian karbon saja sudah mencecah 10 juta dong (RM1,860).

Panel butang kawalan asal ditukar dan bahagian depan menggunakan komponen Brembo seperti tuil brek, tabung silinder master (untuk brek) dan pengimbang (balancer) pada bar hujung hendal, manakala cermin sisi jenis Rizoma. Kos untuk pakej ini pula berlu berhabis tidak kurang 20 juta dong (RM3,720).

Komponen aftermarket paling menyerlah sudah tentu penampilan rim jingga jenis CNC daripada jenama kesukaan ramai, Racing Boy. Di Vietnam, rim ini berharga kira-kira 30 juta dong (RM5,580). Memang mahal!

Brek kapcai menggunakan jenama Brembo dengan kaliper monoblok 4-piston dan cakera saiz besar di depan. Brek belakang pula dilengkapkan kaliper Brembo Billet KTM dengan cakera Brembo Moto3. Unit brek pula berharga lebih 100 juta dong (RM18,595).

Pam brek disambungkan kepada kaliper Brembo menerusi set kabel Hel dan komponen pemisah brek pantas Staubli dengan harga sekitar 25 juta dong (RM4,650).

BACA >>> Vietnam Lancar Honda Wave RSX FI 110 dengan Wajah Baharu, Naik Taraf Lebih Moden

Fork teleskopik depan dibiarkan standard, manakala suspensi belakang dipasangkan absober Nitron. Jenama ini juga disukai penunggang Vietnam kerana Nitron boleh membuat tetapan absober mengikut cita rasa pelanggan, sekali gus memberikan kelebihan dan populariti buat jenama itu.

Wave 110 dipacu enjin silinder tunggal 108cc berkuasa 8hp yang mana  pengubahsuaian mekanikal dilakukan cuma penggunaan unit koil pencucuhan, termasuk kabel MSD. Penendang kaki pula daripada jenama Takegawa.

Sistem ekzos kelihatan seperti standard, tetapi harganya 16 juta dong (RM2,975), iaitu unit import dari Thailand yang diperbuat daripada titanium. Menarik tak?

BACA >>> Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang

GALERI

SUMBER: Zing

Bikin Honda Wave 110 bikin motor Honda Vietnam Honda Wave 110 Modifikasi Racing Boy
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.