Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Toyota, Complete Customs Ubah Suai Tundra Gaya Kevin Costner
Bikin Auto

#BikinKereta: Toyota, Complete Customs Ubah Suai Tundra Gaya Kevin Costner

Abang HirataBy Abang Hirata16/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA kita mengikuti dunia hiburan dan permotoran, ada semacam hubung kait yang rapat antara dua cabang industri itu. Aktor dan aktres memang dikenali sebagai individu yang sangat sukakan kereta dengan memiliki banyak koleksi menggagumkan.

Selebriti seperti Jay Leno memiliki barisan kenderaan hebat dan mengelola rancangan automotif sendiri. Ada juga selebriti yang mempunyai bakat dalam dunia perlumbaan. Lihat saja catatan masa dibuat selebriti tempatan dalam Festival Perlumbaan GAZOO Racing, memang hebat.

Ini pula projek khas melibatkan aktor Hollywood terkenal, Kevin Costner dan Toyota yang berkolaborasi untuk Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2018 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Projek itu dimulakan Costner sendiri apabila beliau menghubungi Naib Presiden Kumpulan Toyota, Ed Laukes.

BACA >>> Toyota Hilux ‘Invincible 50 Chrome’ Sempena Ulang Tahun ke-50 dengan Ekstra Krom

Minat aktor senior itu ialah terlibat aktiviti luar dan itulah objektif projek trak pikap saiz penuh Tundra.


Berikut butiran projek Toyota Tundra pilihan Kevin Costner:

  • Rakan ubah suai projek tersebut ialah Complete Customs dari Texas.
  • Pelbagai kelengkapan dan aksesori yang diubah suai khas, dipasangkan bagi memenuhi gaya hidup aktif Costner.
  • Costner tidak hanya terlibat pada nama, tetapi aktif sejak awal hingga akhir, malah beliau menyiapkan lakaran sendiri model konsep itu.
  • Complete Customs kemudian melukiskan semula dan bertemu aktor itu untuk perincian projek.
  • Tundra Costner dilengkapi bampar depan dan belakang baharu lebih ranggi yang dihasilkan daripada besi padat dan berat.
  • Kedua-dua bampar dilengkapi win Warn dan palang lampu LED Rigid Industries.
  • Bahagian bumbung dilekapkan rak 2-piece. Menariknya, ia dipanjangkan hingga bumbung penutup kargo, berjenama ARE V Series Truck Cap.
  • Tundra ialah pikap saiz penuh dengan saiz rak memang cukup luas menyimpan barang.
  • Antara ubah suai wajib yang dibuat ialah untuk kegunaan lasak seperti profil badan dinaikkan dengan kit tinggi BDS 4.5 inci dan dipadankan set suspensi Fox.
  • Roda asal digantikan rim Method Race 18 inci dan tayar Nitto Ridge Grappler 35 inci.
  • Pikap tinggi itu turut dipasangkan pemijak kaki sisi N-Fab.
  • Ciri terbaik lain ialah peti sekuriti Lock’er Down yang diletakkan di bawah kerusi dan konsol tengah.
  • Ruang kargo belakang dipasangkan peti sejuk dual zon Dometic untuk simpanan sejuk dan segar.
  • Pikap itu bukan saja untuk kembara solo atau bersama rakan, Costner turut memasangkan set televisyen di belakang perehat kepala, manakala ruang tidur siap dengan pad untuk anak-anaknya.

Costner nampaknya bersungguh-sungguh dalam merealisasikan projek berkenaan dan beliau tahu apa yang dimahukan. Sebelum SEMA, beliau sendiri menguji trak pikap tersebut. Bot ditarik di belakang Tundra untuk pergi memancing di ladang miliknya di Colorado. Beliau juga membawa trak pikap itu ke lokasi penggambaran.

BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal

GALERI
Aktor Auto Terkini Bikin Kereta Hollywood Kevin Costner Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) Pameran SEMA 2018 SEMA SEMA 2018 Toyota Toyota Tundra
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.