Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Honda EG6 – Hatchback yang Paling Playboy Era 90-an dan Awal Milenia
Bikin Auto

#BikinKereta: Honda EG6 – Hatchback yang Paling Playboy Era 90-an dan Awal Milenia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU sebut pasal H yang satu ini, jenama ini memang laku keras sampai tempoh menunggu pun dua hingga tiga bulan. Populariti Honda zaman dulu pun tidak kurang kalahnya dengan beberapa model bertaraf lejen.

Sesiapa kaki kereta 90-an dan milenia pasti cukup kenal dengan Honda Civic EG 2-door hatchback satu ini. Model ini cukup popular hingga boleh dibuat modal memikat makwe. Pemandu Civic EG zaman itu kerap dilabel playboy kerana mudah membuatkan gadis cair!

BACA >>> Modifikasi Honda CR-Z Turbo, Hibrid yang Bukan Biasa-Biasa

Masuk usia 26 tahun, bukan mudah lagi ‘membela’ kereta yang sudah lebih berumur 15 tahun. Selain kos, kita juga perlu ada minat. Penampilan EG6 dalam segmen Bikin Kereta kali ini jelas dijaga baik dan proses modifikasi dibuat menyeluruh supaya kemas, dan terjaga rapi.

ENJIN DIPASANG HIGH PERFORMANCE

Enjin kod B16A melalui proses port dan polish yang kemudian dipadankan spring injap Skunk2 dan aci sesondol Type R yang  diikat bersama puli boleh laras AVS. Pam AVS pula bertanggungjawab menghantar minyak ke pelaras AEM dan seterusnya ke rel daripada jenama sama.

Kehebatan kuasa enjin dibantu beberapa peralatan prestasi tinggi, termasuk intake dan distributor Type R, kabel palam pencucuh Ultra Silicon, dan piston saiz 82mm dalam blok. Gas karbon hasil pembakaran dalam enjin ditolak keluar melalui ekstraktor 4-1 Jasma yang disambung bersama sistem paip ekzos lengkap Buddy Club.

Tenaga terhasil daripada enjin kemudian disampaikan ke bahagian roda oleh kotak gear LSD dengan nisbah gear 3 dan 4 bersama klac prestasi Ogura. Talaan enjin lebih padu dan terurus menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) P3.

BACA >>> Mitsubishi Lancer CB8A yang Tidak Gentar

Keselesaan pengendalian diserahkan kepada set absorber boleh laras Mines HLSH, manakala keyakinan berhenti diuruskan kaliper brek 6-pot GReddy di depan, manakala brek belakangnya masih standard asal.

PENAMPILAN ASLI DIJAGA RAPI

Pemilik masih lagi mempertahankan keaslian luaran dan dalamam jentera. Namun, beberapa kemas kini dibuat bagi menyerlahkan imej ‘playboy’ suatu masa dulu. Bahagian luaran dikemas kini dengan cermin sisi Mickey Mouse, GT Wing gentian karbon J’s Racing, lampu belakang sonar, lampu depan TYC Chrome dan arm aloi Function7.

BACA >>> Honda Civic ES Si Merah Seksi Aboy Dino

Penampilan luaran dilengkapkan rim Kid Racing yang dibalut tayar Toyo Proxes R888R. Luaran kabin dilengkapkan peralatan tempat duduk DC2, stereng MOMO Race Gold, tombol gear Type R, meter GReddy 5-beradik, unit pemasa turbo GReddy, bar import Thailand dan beberapa aksesori lain. Hasilnya memang menyelerakan.

SPESIFIKASI

HONDA CIVIC EG6
ENJIN: B16A
MODIFIKASI ENJIN: Port & Polish kepala silinder, spring injap Skunk2, piston 82, aci Type R, distributor Type R, intake Type R, kabel palam pencucuh Ultra Silicon, puli aci AVS, pam minyak AVS, regulator minyak AEM, rel minyak AEM, ekstrator 4-1 Jasma, set paip Buddy Club
TRANSMISI:  Kotak gear LSD, nisbah gear 3 & 4, Klac Ogura
ELEKTRONIK: ECU P30
SUSPENSI & CASIS: HLSH boleh laras
SISTEM BREK: GReddy 6-pot (depan), ori EG6 (belakang)
DALAM: Meter GReddy 5 beradik, pemasa turbo GReddy, meter putih EG6, kerusi Integra DC2, stereng Momo Race Gold, VAFC, tombol gear Type R, gear likage Type R, set bar Thai, cermin tengah Zoom, radio Sony, audio Gathers, set dalaman 92
LUARAN: komponen badan asli EG6, visor EG 6, bumbung suria EG6, cermin sisi gentian karbon Mickey Mouse, GT Wing CF J’s Racing, lampu belakang sonar, lampu depan krom TYC, arm aloi Function7
BENGKEL & TALAAN: RS Auto, Pitstop Garage, RMD Tune

TEKS: Abang Uber
FOTO: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
Bikin Kereta hatchback Honda Honda Civic Honda Civic EG6 Honda EG6 Modifikasi Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Roda4

    Jetour T1 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Sam Mad on 24/06/2020 16:23

      Harga Eg6 kalu di jual berapa?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.