Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty
Bikin Auto

#BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

Abang HirataBy Abang Hirata30/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VAN, walaupun fungsi utama kenderaan jenis ini ialah mengangkut ramai penumpang atau tujuan komersial, ia tetap memiliki kelompok peminat tersendiri. Modifikasi van juga tidak kalah dengan segmen kenderaan lain, dan ada saja pengubahsuaian menggagumkan dibuat dengan hasil di luar jangkaan. Sama ada Thailand, Malaysia atau Britain, peminat modifikasi van tidak pernah berkurangan.

Ini contoh terbaharu, melibatkan modifikasi Ford Transit Custom yang diubah suai menjadi sebuah van kamper. Menariknya, van jenis ini, yang sinonim dengan praktikaliti, digabungkan untuk menjadi van kamper sporty. Pemiliknya, Steve North ialah peminat Ford sejak kecil lagi.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah RV yang Perlu Anda Tahu

PEMINAT TEGAR FORD

Seawal usia 11 tahun, rutin North selepas sekolah ialah bergegas ke bengkel di Stilington, North Yorkshire, England untuk bergelumang dengan minyak bagi mencuci karburetor dan menala enjin Ford di bawah pengawasan pemilik bengkel tersebut, yang juga kawan baik bapanya.

Sebaik saja memiliki lesen memandu, North membeli sebuah Ford Escort Mk1 dan sejak itu dia pelbagai model Ford sudah dicuba, daripada Cortina kepada Sierra dan beberapa unit Escort. Dia turut membikin kereta rali Escort Mk2. Selepas menyertai pelbagai acara perlumbaan rali, dia memutuskan menjual kereta itu selepas berhasrat mahu memiliki sebuah van kamper.

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

Ford Transit Custom milik North ini ialah jenis van standard dengan jarak roda panjang (long-wheelbase, LWB). Model ini diubah suai bukan saja satu, tetapi dua bengkel yang menumpukan kepada pengubahsuaian eksdlusif menurut piawaian Ford, yang dipanggil Ford Qualified Vehicle Modifier (FQVM).

FQVM yang terlibat ialah Wellhouse untuk kerja-kerja dalaman, dan MS-RT, iatu jenama yang tidak asing bagi Ford dan terlibat dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

FAKTA FORD TRANSIT CUSTOM VERSI CAMPERVAN

  • Wellhouse bertanggungjawab memasang kelengkapan kamper seperti dapur penuh, ruang kerusi dan bumbung sambung untuk ruang tidur.
  • Dilengkapi lampu utama xenon, sistem navigasi satelit (GPS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), bumbung dengan efek kerdipan bintang malam dan papan pemuka Alcantara.
  • MS-RT menumpukan kepada ubah suai kosmetik dan aerodinamik seperti kit badan penuh, rim aloi 18 inci, sistem ekzos kembar dan grafik badan.
  • Kerusi van kamper mengikut tema MS-RT dengan kemasan kulit putih dan sulaman benang biru.
  • Dikuasakan enjin 2.0L EcoBlue diesel berkuasa 168hp dan dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Berharga £77,000 (RM392,680).

Dengan van ini, North merancang melawat pameran kenderaan Ford dan motosikal apabila treler itu siap dibina kelak. Dia juga seorang peminat dan pemilik motosikal klasik. Seperti kelaziman pemilik van kamper, Steve akan memandu sendiri kenderaannya itu ke pelbagai tempat utnuk mencari cabaran dan pengalaman baharu.

BACA >>> Ford Mustang – Kereta Sport Coupe Terlaris Dunia Tahun Keempat Berturut-Turut!

GALERI

Bikin Kereta Campervan Ford Ford Transit Ford Transit Custom Modifikasi MS-RT Roda4 Steve North Van van camper van kamper Wellhouse
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.