Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: KAMM 912c 60th Edition – Model Edisi Khas Rai Aniversari Porsche 912 ke-60 Tahun
Bikin Auto

#BikinAuto: KAMM 912c 60th Edition – Model Edisi Khas Rai Aniversari Porsche 912 ke-60 Tahun

Abang HirataBy Abang Hirata05/03/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS KAMM 912c Targa pada Januari lalu, KAMManufaktur kembali dengan KAMM 912c 60th Edition sempena menyambut ulang tahun Porsche 912 yang ke-60.

Model edisi khas itu menampilkan grafik unik, perincian dalaman eksklusif dan warna khas bagi meraikan kejayaan 912 dalam dunia sukan permotoran.

Porsche 912 (foto atas) kali pertama diperkenalkan pada 1965 di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) sebagai model yang mengisi ruang antara 356 (yang sudah sampai ke hujung pengeluaran) dan 911.

Sepanjang 1965 hingga 1969, sebanyak 32,000 unit Porsche 912 dihasilkan yang menjadikan model itu lebih eksklusif berbanding 911.

Bagi mengekalkan harga yang hampir dengan 356 yang diganti, pasukan jurutera Porsche memilih menggunakan enjin 4-silinder Type 616/16 1.6L, sama seperti 356, bukan enjin 6-silinder yang lebih besar dan mahal seperti 911.

Walaupun 5hp lebih rendah daripada 356 (90hp), berat badan yang lebih ringan berbanding 911 membolehkan 912 menawarkan pengendalian lebih cemerlang.

KAMM 912c 60th Edition – Teknologi dan Warisan Sejati

  • Penggunaan gentian karbon membolehkan KAMM 912c mencapai berat serendah 750kg untuk pengalaman pemanduan autentik.
  • Model ini diilhamkan daripada kejayaan Porsche 912 dalam perlumbaan rali.
  • Pada 1967, pelumba Poland, Sobieslaw Zasada, menjuarai Kejuaraan Rali Eropah (ERC) dengan Porsche 912.
  • Kejayaan dalam rali itu menjadi ilham kepada warna ‘Poland Red’

Enjin

  • Dijana enjin 4-silinder 2.0L penyejukan udara berasaskan Porsche Type 616
  • Output kuasa 190 hp
  • Transmisi manual 5-kelajuan dengan pilihan nisbah gear untuk jalan raya atau litar)

Pilihan Warna Ikonik dari Sejarah Perlumbaan

  • Poland Red – Meraikan kejayaan Sobieslaw Zasada dalam rali Eropah 1967.
  • Bahama Yellow – Warna asal Porsche 912 yang berjaya dalam perlumbaan rali di Sweden pada tahun 1967.

Spesifikasi dan Pilihan Pembelian

  • Setiap KAMM 912c 60th Edition dibuat khas berasaskan model 912 klasik, yang dibina semula untuk mengekalkan keaslian.
  • Hanya satu unit dihasilkan bagi setiap warna yang menjadikan model itu sangat eksklusif.
  • Set lengkap pilihan termasuk:
    • Liveri perlumbaan klasik
    • Sistem audio Bluetooth
    • Penyaman udara dan pemanas kabin
    • Pengecas wayarles
    • Pilihan talaan enjin dan nisbah gear untuk jalan raya atau trek
  • Setiap pembeli menerima sesi rekabentuk 1:1 dengan pengasas KAMM, Miki Kazmer di Budapest.
  • Hadiah eksklusif seperti helmet lumba ulang tahun ke-60, pakaian khas, artwork KAMM dan model skala gentian karbon.

Harga dan Tempahan

  • KAMM 912c 60th Edition kini tersedia untuk tempahan pada harga €395,000 (RM1,834,950).
Bikin Kereta KAMM KAMM 912c KAMM 912c 60th Edition KAMManufaktur Porsche 912 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026

    1 Comment

    1. Tommyacisa on 03/05/2025 03:49

      hi

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.