Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Bersediakah Labur RM60k untuk Miliki Sebuah Porsche yang Tidak Boleh Dipandu?
Aksesori

Bersediakah Labur RM60k untuk Miliki Sebuah Porsche yang Tidak Boleh Dipandu?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA sekarang boleh memiliki sebuah Porsche dengan harga serendah AS$14,689 (RM60,805)! Tetapi, sanggupkah anda melaburkan wang sebanyak itu untuk mendapatkan model yang tidak boleh dipandu. Kenapa murah, dan kenapa pula tidak boleh dipandu?

Sebabnya, model Porsche itu ialah koleksi miniatur kereta perlumbaan trek 919 Hybrid yang terhad 100 unit sahaja. Memang murah jika dibandingkan model sebenar, tetapi cukup mahal bagi sebuah model berstatus miniatur.

BACA >>> Porsche 911 GT3 Cup Bergolek 10 Kali, Tetapi Pemandu Langsung Tidak Cedera

Model skala 1:8 itu khabarnya laku keras yang kini tinggal 4 unit saja lagi. Sesiapapun pembeli yang sanggup melaburkan wang sebanyak itu, akan menikmati sebuah model miniatur dengan kemasan terperinci seperti pintu dan penutup enjin belakang boleh buka.

Miniatur itu dibuat begitu tepat seperti mana model asal menggunakan material aluminium dan piuter dengan semburan cat asli yang dipotong dan digilap dengan tangan. Malah, model skala itu dikeluarkan kakitangan teknikal yang sama menghasilkan model prototaip, dan mengambil masa lebih 3,000 jam untuk disiapkan.

BACA >>> Anak Muda Ini Memiliki Ratusan Koleksi Diecast Bernilai RM100K Demi Kepuasan Diri

Sementara itu, soket bersalut karbon 919 Hybrid memaparkan lencana nombor model edisi terhad dan maklumat angka prestasi kenderaan berserta tandatangan pemandu. Apapun faktanya, melabur wang sebanyak RM60,000 hanya untuk model kereta berskala 1:8 pasti bukan hobi orang biasa-biasa kerana dengan angka sebanyak itu kita sudah dapat memiliki sebuah Perodua Alza yang boleh dipandu.

kereta lumba Koleksi kereta miniatur Porsche Porsche 919 Hybrid Roda 4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.