Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berita Yamaha Siapkan Enjin 3-Silinder untuk Jentera 250cc Sampai ke Eropah
Auto Terkini

Berita Yamaha Siapkan Enjin 3-Silinder untuk Jentera 250cc Sampai ke Eropah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DESAS-desus mengenai enjin 3-silinder untuk jentera 250cc Yamaha berkumandang sampai ke Eropah. Berita tersebut muncul lagi dan kali ini disebutkan portal sukan dari Itali, Gazzeta.it berjudul ‘Yamaha, in arrivo una ‘duemmezzo’ sportiva a tre cilindri?’ (Yamaha, 3-silinder sporty ‘duemmezzo’ akan tiba?). 

Jika dikecohkan dua atau tiga tahun lalu, berita tersebut mungkin nampak tidak realistik. Tetapi selepas Kawasaki mengejutkan dunia dengan enjin 4-silinder 250cc (ZX-25R), ia membuka pintu kepada pengeluar lain untuk turut serta dalam persaingan.

BACA >>> #TMS2019: Kawasaki Dedah Ninja ZX-25R, Sportbike Suku Liter Paling Berkuasa!

Apatah lagi Yamaha sebelum ini pernah memiliki model 4-silinder, FZR25 yang cukup disegani. Jadi tidak hairanlah apabila Kawasaki memperkenalkan ZX-25R, ramai peminat permotoran membuat andaian Yamaha pasti tidak akan berdiam diri. Semestinya pengeluar motosikal Jepun itu akan memantau perkembangan dan penerimaan umum terhadap ZX-25R.

Khabar angin semakin kencang, terutama apabila Yamaha beberapa tahun lalu dikhabarkan sedang menyiapkan enjin 3-silinder 250cc. Namun perkembangan lanjut berita itu mula mengendur hingga Yamaha Japan sendiri membuat kenyataan yang pengeluar itu belum ada perancangan untuk membangunkan enjin berkenaan.

BACA >>> Yamaha Tak Minat Bikin Enjin 3-Silinder untuk R25

Bagaimanapun, itu kenyataan dari Jepun, dan bukan Eropah. Malah, Gazzeta.it percaya Yamaha memang sedang membangunkan enjin 3-silinder. Ini kerana bukan sukar untuk Yamaha melakukannya kerana pengeluar itu sudah pun memiliki asas enjin 3-silinder seperti MT-09. Cuma terserah kepada pasukan jurutera teknikal untuk membangunkan enjin kompak bersesaran 250cc.

Gazzeta.It juga mendakwa Indonesia akan menjadi pangkalan pembangunan projek YZF R25 3-silinder, dengan meramalkan jentera itu bakal menumpukan pasaran Asia berbanding Eropah sebagai pilihan kedua. Nampaknya gosip semakin hangat dan hanya masa akan menjawab.

Apapun ingat, pasaran Asia itu kemungkinan besar bukan Malaysia kerana Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) nampaknya lebih berminat dengan YSuku yang sangat laris bak pisang goreng panas!

BACA >>> Kenapa Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Menjerit Lain Macam?

250cc Auto Terkini enjin 3-silinder Enjin Yamaha Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Kawasaki Kawasaki ZX-25R roda2 Yamaha Yamaha 250cc 3-Silinder
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Rizal on 24/04/2022 21:41

      Taik kucing la….mt 15 pun dah berbulan tgu….tak habis² Ngan y suku Yamaha Malaysia ni

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.