Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Subaru XV Edisi STI Performance – RM143,800
Auto Terkini

BERITA AUTO: Subaru XV Edisi STI Performance – RM143,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/07/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1210172JENAMA Subaru memang tidak asing di kalangan peminat sukan permotoran dan model paling diingati sudah tentu legenda Impreza yang meraih banyak kejuaraan dalam pelbagai siri rali dunia.

Subaru juga cukup diseganbi sebagai pengeluar automotif yang mengambil serius perihal kejuruteraan prestasi, keselamatan dan ketahanan. Hingga kini, Subaru kekal gah mencengkam pasaran automotif dunia susulan sambutan hangat pelbagai modelnya seperti, Subaru XV, BRZ dan Forester XT.

Subaru XV adalah model crossover yang dibina atas platform kereta dengan menggabungkan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV), termasuk memuatkan elemen daripada kenderaan penumpang seperti hatchback dan station wagon. Ramai yang menyenaraikan jentera ini dalam kategori SUV. Untuk makluman, tim pandulaju sebelum ini pernah pandu uji varian ini ke utara tanah air, ikuti laporan Subaru XV di sini.

Tidak berhenti setakat itu, Subaru menerusi pengedar di Malaysia, Motor Image Malaysia terus menghangatkan industri automotif tempatan menerusi pengenalan Subaru XV Edisi STI Performance, baru-baru ini.

P1210181P1210228  P1210212  P1210203  P1210191P1210188    P1210216P1210243

REKAAN MENAWAN

Berbanding Subaru XV, pengenalan XV edisi STI Performance ini menampilkan teknologi kejuruteraan STI (Subaru Technica International) yang hadir dengan rekabentuk lebih menyerlah, menawan, aerodinamik dan pengendalian mantap.

Subaru XV STI Performance menerima beberapa penambahbaikan yang melibatkan aspek luaran dan dalaman. Dari padangan luaran, ia dipadankan dengan bampar hadapan, spoiler belakang, skrit sisi, lampu siang nyalaan siang (DRL), tower bar fleksibel. Kesemuanya hadir bersama lencana STI Performance.

Apa yang perlu anda tahu, ia bukan saja melibatkan pemasangan biasa tetapi setiap daripadanya turut menjalani ujian terowong angin oleh jurutera STI bagi menguji aspek aerodinamik dan kestabilan berbanding model XV standard.

P1210200Memasuki ruangan dalaman, ia hanya melibatkan penambahbaikan butang kawalan pendingin hawa dengan lilitan kemasan krom selain butang kawalan pada stereng serta panel sisi berwarna perak. Selain dari itu, ia masih mengekalkan ciri sedia ada.

Dari aspek prestasi pula, ia masih tidak berubah dan dijana dengan unit enjin yang sama. Di bawah hudnya, ia menggunakan unit enjin Boxer yang mencatatkan kuasa sebanyak 148hp dan tork 196Nm.

Hasil padanan transmisi automatik 6-kelajuan, trenpacuan Symmetrical AWD (pacuan semua roda) dipadukan dengan baik pada enjin Boxer dan menghasilkan daya traksi hebat, termasuk keseimbangan serta kestabilan ketika mengharungi sebarang situasi permukaan jalan.

Dijual pada harga atas jalan RM143,800 (tidak termasuk insurans), Subaru XV Edisi STI Performance boleh didapati di kesemua 18 cawangan.

Edisi STI Subaru XV STI Performance trenpacuan Symmetrical AWD
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.