Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Perodua Axia Terima Lebih 20,000 Unit Tempahan
Auto Terkini

BERITA AUTO: Perodua Axia Terima Lebih 20,000 Unit Tempahan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/09/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1220640DIAM tak diam, Perodua Axia sudah menerima 20,000 unit tempahan sejak ia dibuka pada 15 Ogos lalu. Pada masa sama, Perodua menjangkakan berlaku kelewatan penghantaran kepada pelanggan ekoran penerimaan hangat terhadap Axia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh komited mempercepatkan penghantaran buat pelanggan dalam tempoh masa singkat.

Menurut Aminar, pihaknya terharu terhadap sambutan dan sokongan diberikan serta memohon maaf di atas kelewatan seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Malah Perodua turut sedang berbincang bersama pihak vendor bagi mencari penyelesaian terbaik demi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi.

” Seiring dengan peningkatan tempahan, pihaknya akan melanjutkan tempoh operasi sehingga 12 tengah malam bermula 25 hingga 28 September ini.

” Pelanggan yang ingin memandu uji Axia turut boleh berbuat demikian di kesemua 180 pengedar seluruh negara,” katanya lagi.

P1210865P1210890    P1210874P1210787Perodua Axia hadir dalam empat varian: Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Perbezaan utama antara kesemua model ini sudah semestinya melibatkan aspek rekabentuk luaran dan spesifikasi.

Menyentuh kepada nama Axia, perkataan ‘Axia’ (disebut a-zee-a) dipilih dengan menggabungkan perkataan Asia, di mana ‘X’ sebagai angka roman bagi nombor 10 yang mewakili model ke-10 Perodua. Lebih bersejarah buat Perodua, Axia adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama negara.

Hasil janaan enjin 1KR-DE2 3-silinder bersesaran 1.0L, Axia mampu menghamburkan kuasa 66hp pada 6,000rpm dan tork puncak 90Nm (3,600rpm). Hasil bantuan kotak gear automatik 4-kelajuan, ia mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 20.1km per liter manakala 21.6km per liter bagi transmisi manual 5-kelajuan.

Perodua Axia yang dijual bermula pada harga RM24,600 hingga RM44,470. Laporan lanjut berkaitan Perodua Axia, boleh baca di sini.

1KR-DE2 3-silinder bersesaran 1.0L Datuk Aminar Rashid Salleh Perodua Axia terima 20000 unit tempahan tempahan Perodua Axia Tempoh menunggu Perodua Axia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.