Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Malaysia Icon Tour Gegar Johor Bahru
Auto Terkini

BERITA AUTO: Malaysia Icon Tour Gegar Johor Bahru

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

rc champions BAGI anda yang tidak berkesempatan turun padang ke acara Art of Speed Asia 2014 Jun lepas, sudah pasti pernah mendengar mengenai pameran kenderaan kustom; kereta muscle dari Amerika dan juga deretan motosikal Harley-Davidson, Triumph dan banyak lagi.

Art of Speed Asia 2014 telah membuktikan kejayaannya mengumpul penggiat seni tempatan dalam bidang automotif untuk memperjuangkan kenderaan binaan khas (kustom) di negara ini. Budaya kustom, terutamanya dalam bidang automotif, dianggap semakin rancak sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi apabila program sebegini bakal menaikkan nama penggiat pembina seni kustom di persada antarabangsa.

DSC_3733Hasil kelolaan penggiat seni “kustom kulture”, Switchblade Kuala Lumpur telah mengadakan “Malaysia Icon Tour” ke Mall of Medini di Nusajaya, Johor pada 14 hingga 15 November 2014.

Lebih daripada 20,000 pengunjung termasuk warga kota dari Singapura membanjiri kawasan acara pameran automotif dan zon adrenalin selama dua hari itu.

Street Custom & Hotrod CategoryPelbagai aktiviti istimewa disediakan buat pengunjung yang hadir. Antaranya bazaar jualan, galeri seni, pertandingan Drift alat kawalan jauh oleh kelab RC Drifters Kulaijaya, sesi “Kustoms dan Coffee” dengan ikon kustom tempatan iaitu Pa’din Musa dari Abah & Sons Motoworks (Malaysia), Joop dari Singapura dan Izam Shariman dari Curro Malaysia, tayangan wayang gambar, I’M Singles “Virtual Concert” dengan MARIONEXXES, The Nationhead dan Clique, persembahan kugiran musik iaitu Kugiran D’Tepi Pantai dan ‘Jimi Hendrix’ Malaysia Md Noor dan banyak lagi!

1926635_10152519190413037_7435510255339838068_nPeminat Art of Speed juga berpeluang turut serta dalam pertandingan ‘Show and Shine’ bagi kategori Kereta, Motosikal dan basikal Lowrider.

Acara itu juga memperkenalkan MOTACK 2014 edisi Johor, karnival gymkhana motosikal yang pertama di Malaysia, dianjurkan oleh Cycle World Malaysia.

Senarai pemenang

Best of Show Automobile

  • Azman Abdullah, Malaysia, Ford F100 tahun 1951

Best of Show Motorcycle

  • Johari, Malaysia, Classic Raleigh tahun 1927

Best of Show Lowrider

  • Rohaizad Mohd Yusof, Malaysia, lowrider kustom

Kategori kereta

  • Kustom Retro Jepun – Jel, Mazda 929, Malaysia
  • Pikap Retro Kustom– Mohd Iskandar, Datsun 720, Malaysia
  • VW Aircooled Kustom – Mohd Sharizan, Beetle, Malaysia
  • K-Car – Mohd Saufi Ali, Daihatsu Mira, Malaysia
  • Street Machine – Azman Abdullah, Ford F100, Malaysia
  • Custom Continental – Mohd Salleh, Mercedez S Class 300, Malaysia
  • Rat Look – M. Faiz, KE70, Malaysia
  • Street Custom & Hot Rod – Mohd Syawal Ezam, Datsun Bluebird 910, Malaysia

Kategori Motosikal

  • Kelas Terbuka – Suhairi Daud, Karisma, Malaysia
  • Bobber/Jap Style – Ray Vatos Locos, Modenas 175, Malaysia
  • Modifikasi Harley-Davidson – Mohd Zaki, Harley-Davidson Softail, Singapura
  • Café Racer – Thamil, Norton 88, Malaysia
  • Restorasi Skuter Klasik – BB Saw, Vespa 150, Malaysia
  • Street Cub & Choppy – Azhar, C70, Malaysia
  • Restorasi Jepun Retro – Shahrizan, GS550, Malaysia
  • Restorasi Klasik Eropah & Amerika – Johari, Classic Raleigh, Malaysia
Art of Speed Asia 2014 kustom kulture Malaysia Icon Tour
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.