Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Janji Volkswagen
Auto Terkini

BERITA AUTO: Janji Volkswagen

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1250611VOLKSWAGEN komited mahu menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lebih baik buat pelanggannya di Malaysia menerusi perancangan transformasi dalam masa terdekat.

Atas usaha itu, Volkswagen bakal memperkenalkan beberapa inisiatif buat  pelanggannya. Antaranya, program Pakar Volkswagen, program Jaminan Mobiliti, pesanan dan penghantaran alat ganti pada setiap hari.

Demi mengukuhkan lagi usaha transformasi ini, Volkswagen  komited untuk mengimplementasikan lima lagi inisiatif demi menawarkan perlindungan yang komprehensif bermula dari jualan hingga perkhidmatan selepas jualan.

Langkah-langkah transformasi adalah seperti berikut: 

  • Pelaburan lebih RM20 juta  ke atas aspek latihan dan pembangunan bakat-bakat tempatan.
  • Pemindahan pengetahuan dan latihan melibatkan 100 orang juruteknik yang baru dilantik.
  • Perkhidmatan Concierge – Bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan concierge yang profesional dan terbaik kepada para pelanggan di pengedar-pengedar sah terpilih.
  • Penubuhan tiga Pusat Kecekapan Teknikal – Kemudahan yang canggih ini akan menyediakan latihan terkini dalam semua bidang untuk melengkapkan kakitangan teknikal dengan set kemahiran dan kepakaran terbaik.
  • Pusat Alat Ganti – Sebuah pusat alat ganti akan dibuka di Malaysia untuk mengurangkan tempoh penghantaran dan menunggu alat ganti.

P1250594Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, Malaysia adalah pasaran penting buat Volkswagen. Selari dengan perkembangan jenama ini, pelaburan berterusan untuk menambah baik aspek khidmat pelanggan akan menjadi asas kepada semua aktiviti kami, sama ada jualan atau selepas jualan.

” Kami sudah memulakan perjalanan untuk membawa perubahan ini. Maka, inisiatif-inisiatif ini akan membantu kami memperoleh kepercayaan daripada para pelanggan di Malaysia,” katanya ketika berucap dalam satu acara Das Event di Malaysia yang bertemakan ‘Sentiasa di Sisi Anda’.

Dalam acara itu, Volkswagen turut berjanji mahu memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik buat semua pelanggan Volkswagen di Malaysia.

Armin Keller DNA Volkswagen Janji Volkswagen Malaysia Komited Volkswagen Malaysia Langkah transformasi Volkswagen Pelaburan Volkswagen Sentiasa di Sisi Anda Volkswagen Das Event 2014 Volkswagen Group Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.