Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Harga Proton Iriz Didedahkan – Bermula RM42,438 Hingga RM62,888
Auto Terkini

BERITA AUTO: Harga Proton Iriz Didedahkan – Bermula RM42,438 Hingga RM62,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Full-FrontPROTON Holding Berhad (PROTON) hari ini mengumumkan harga tentatif dan membuka tempahan bagi model terbaharunya, Proton Iriz. Hadir dalam dua varian enjin iaitu bersesaran 1.3L VVT dan 1.6L VVT, Proton Iriz akan dilancarkan secara rasmi pada 25 September hadapan di kilang Proton, Tanjung Malim.

Sebelum ini, pihak Proton ada menjemput wakil media dalam satu sesi tertutup berkaitan spesifikasi dan beberapa maklumat penting Proton Iriz. Lebih mendukacita, tim Pandulaju.com tidak diundang atas beberapa sebab tidak diketahui (mungkin laman pandulaju masih baharu).

Biarpun tim pandulaju tidak dijemput mencemar duli untuk tengok kereta nasional ‘awesome’ itu secara langsung, kami cuba dapatkan beberapa maklumat penting buat pembaca daripada rakan media yang menghadiri taklimat itu.

Full-SideBoot-Space    folding-rearOption-Beauty-ShotLAPAN VARIAN

Difahamkan, model kompak segmen B itu bakal ditawarkan dalam lapan varian kepada pengguna;1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive MT, 1.3 Executive CVT, 1.6 Executive MT, 1.6 Executive CVT, 1.6 Premium MT dan 1.6 Premium CVT. Tambah menarik, ia menawarkan tujuh pilihan warna menarik buat pengguna dengan kehadiran dua warna baharu iaitu Lime Gree dan Moon Dust Silver.

Dengan pelaburan sekitar RM500 juta, Iriz mula dibangunkan pada 2010 dan memakan masa hampir empat tahun sebelum ia bersedia menemui peminatnya.

Bercerita perihal Proton, mungkin ramai yang masih skeptikal terhadap kualitinya. Bagi kami, ia adalah satu cabaran yang besar buat Proton bagi mengembalikan semula kepercayaan pengguna terhadap jenama Proton. Diharapkan hasil titik peluh jurutera Proton selama empat tahun ini berbaloi dan mampu menjadikan model terbaharunya melonjak seperti waktu zaman kegemilangan Proton terdahulu.

steeringMelihat pada harga ditawarkan, mungkin ada di antara anda yang menganggapnya sedikit mahal. Namun anda perlu tahu apa yang Proton berikan pada anda dengan harga tawarkan.

Ada beberapa pencapaian baharu yang diraih Proton menerusi model kompak ini. Antaranya, Iriz adalah model pertama Proton yang mendapat pengiktirafan 5-bintang bagi ujian standard keselamatan Asean NCAP dengan mengatasi Preve dan Suprima S. Selain itu, ia juga adalah model pertama Proton yang mencpai penggunaan bahan api di bawah 7L bagi setiap 100km.

Aspek keselamatan pula, ia hadir dengan enam beg udara (varian Premium, minimum 2 beg udara bagi varian lain), sistem kawalan cengkaman (TCS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Kerangka casis pula dibangunkan dengan menggunakan pendekatan ‘hot press forming’ (HPF) bagi memberikan struktur badan lebih kukuh.

Yang pasti, Iriz bakal menemui peminat kenderaan nasional pada 25 September hadapan. Harus ingat, Iriz bakal bersaing dengan model pesaingnya seperti Perodua Myvi, Kia Picanto, Hyundai i10 dan lain-lain. Jika tim Pandulaju.com diundang pada majlis pelancaran berkenaan, nantikan laporan penuh daripada kami. Sama-sama kita nantikan Proton Iriz.

HARGA TENTATIF PROTON IRIZ:pricelist13pricelist16

1.3 Executive CVT 1.3 Executive MT 1.3 Standard CVT 1.3 Standard MT 1.6 Executive CVT 1.6 Executive MT 1.6 Premium CVT 1.6 Premium MT Harga Proton Iriz PCC Proton Iriz Tempahan Proton Iriz dibuka
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.