Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: “Beri Kami Peluang” – CEO Proton
Auto Terkini

BERITA AUTO: “Beri Kami Peluang” – CEO Proton

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

datuk-harith

“BERI kami peluang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Sdn Bhd yang baru dilantik, Datuk Abdul Harith Abdullah ketika menjawab pertanyaan mengenai kritikan demi kritikan diterima syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Abdul Harith turut berjanji memulihkan kepercayaan pelanggan terhadapn dengan menghasilkan produk yang berdaya tahan dan berkualiti selain menepati piawaian antarabangsa.

“Saya tahu pelanggan bukan hanya mengambil kira faktor keselamatan ketika membeli kereta. Tetapi juga faktor kebolehpercayaan yang ada kaitan dengan daya tahan kereta. Tiada guna ciri keselamatan jika pelanggan perlu kerap berulang alik ke pusat servis yang bukan disebabkan servis berkala, sebaliknya kereta rosak,” katanya.

Sebagai rancangan jangka pendek, Abdul Harith menegaskan Proton kini berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan di setiap pusat servis dengan menjadikan setiap aduan pelanggan sebagai panduan meningkatkan kualiti produk.

Pengumuman Abdul Harith sebagai CEO baharu Proton Holdings Bhd berkuat kuasa 15 April lalu dan diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil pada majlis meraikan dua pekerja HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd yang berpeluang menjalani latihan perindustrian selama enam bulan bersama Volkswagen di Portugal.

Terdahulu, Abdul Harith adalah CEO DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH). Pelantikan beliau adalah susulan peletakan jawatan Timbalan CEO Proton, Datuk Lukman Ibrahim, Februari lalu.

Bersama profil ijazah sarjana dalam jurusan rekabentuk jentera dari Royal College of Art, London, Abdul Harith mungkin individu tepat untuk mengemudi pengurusan Proton dalam memastikan jenama automobil tempatan ini terus mampu berdaya saing dalam pasaran automotif negara dan global. Sama-sama kita nantikan.

Proton
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    3 Comments

    1. Mohd.Nor A Hamed on 04/05/2014 11:07

      Congrts Dato….we will give Proton the chance….. but in return Proton must give us the chance to own a good car that worth the money buying…… Thank you…..

      Reply
    2. Razak on 05/04/2016 19:35

      tahniah dato saya mahu proton after sales bagi layanan dari servis berada tahan yg masih rendah dan tak mesra pelanggan.
      satu masaalah harga spare parts dan upah servis yg terlalu mahal.Rata2 pemilik proton adalah pendapatan sederhana.Harap2 dpt tgok dan menilai semula.

      Reply
    3. Hj.Ayob on 11/08/2016 13:00

      Sejuta tahniah Pengurusan Proton kerana akan mengeluarkan Model Pesona Baru di harapkan model ini dapat mengembalikan kepercahayaan Rakyat Malaysia untuk membeli Kereta Nasional Malaysia…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.