Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Cara Kira Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip
Autotainment

#ApaNakBuat: Cara Kira Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip

Han OthmanBy Han Othman03/10/20212 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGAIMANAKAH cara mengetahui baki minyak sebenar dalam tangki apabila lampu indikator (juga disebut lampu minyak) mula menyala atau berkelip-kelip? Sesetengah orang tidak ambil kisah sangat pasal berapa banyak baki dalam tangki kerana sudah terbiasa mengisi minyak sebelum lampu minyak menyala.

Ada pula yang ambil peduli dan mahu tahu berapa liter baki minyak dalam tangki kereta. Ini kerana semua maklumat tersebut sangat penting untuk mengetahui berapa jauh kereta kita boleh bergerak.

BACA >>> Berapa Kos Sara Kereta yang Sebenar? Bukan Bayar Ansuran Sahaja

Sebenarnya, cara paling tepat ialah memandu kereta hingga minyak habis, dan isi semula minyak mengikut jumlah kapasiti tangki seperti dinyatakan dalam spesifikasi pengeluar. Kalau kapasiti tangki 60 liter, mesti isi 60 liter juga. Tetapi, cara tersebut agak radikal dan ‘gila’ kerana dilakukan semata-mata mahu tahu jumlah baki minyak.

Tahukah anda, sebenarnya ada cara lain yang lebih klinikal, selamat dan agak tepat untuk menentukan berapa liter minyak rizab kereta kita. Ikut saja cara di bawah ini.

* Model rujukan dalam artikel ialah Perodua Myvi seperti gambar bawah dengan kapasiti tangki 40 liter.

1. KETAHUI KAPASITI TANGKI MENGIKUT SPESIFIKASI RASMI

Ya, sebelum buat sebarang eksperimen atau kajian, anda perlu tahu dulu kapasiti sebenar tangki bahan api kereta sendiri berdasarkan spesifikasi asal pengeluar. Model rujukan kami ialah Perodua Myvi dengan kapasiti 40 liter.

2. BERAPAKAH BAR ATAU TAKAT MINYAK PENUH?

  • Isi penuh minyak kereta. Cukup setakat nozel ‘menendang’ tiga kali.
  • Kemudian, set semula meter jarak perjalanan (TRIP A atau TRIP B) kepada 0.0km.

* Meter minyak Myvi selepas diisi penuh ialah 8 bar. Proton pula (misalnya model Saga), membahagikan bar minyak kepada 6 bar. Setiap jenama kereta tidak sama jumlah bar minyak masing-masing. Itu tiada kena mengena eksperimen ini.

3. PANDU HINGGA MINYAK BERKELIP

  • Pandu kereta seperti biasa sampai lampu minyak berkelip atau menyala. Sekali lagi ingat pesanan ini, lampu minyak mesti berkelip!

* Kaedah ini cuma anggaran untuk rujukan peribadi dan tidak terlalu teknikal. Jika memandu ulang-alik kerja, tempoh eksperimen ini mungkin mengambil masa beberapa hari sementara menunggu minyak berkelip. Relaks, tidak perlu gopoh hendak habiskan minyak.

BACA >>> Indikator Minyak Menyala, Berapa Jauh Kereta Anda Boleh Dipandu?

4. CATAT PERBATUAN

  • Sebaik saja nampak lampu minyak berkelip, terus catatkan jumlah jarak perjalanan yang tertera.
  • Katakan Myvi mencatatkan angka (contoh) 350km.

5. CEPAT CARI STESEN MINYAK DAN ISI PENUH

  • Selepas catat jarak perjalanan, terus cari stesen minyak yang berdekatan.
  • Isi minyak sampai penuh, sama seperti poin nombor 2. Biar nozel menendang tiga kali.
  • Penuhkan minyak dalam jumlah liter genap tanpa perpuluhan (CONTOH: 10 liter atau 13 liter, bukan 10.135 liter atau 13.476 liter). Masih lagi gunakan cara nozel menendang tiga kali.

* Jangan biarkan lampu minyak berkelip atau menyala lama. Kalau mengisi, tidak perlulah sampai minyak melimpah keluar. Kalau jumlah liter tidak genap tepat pun tidak apa, itu cuma untuk mudahkan kiraan.

6. CATAT BACAAN LITER MINYAK

  • Katakan selepas mengisi penuh (dan nozel menendang tiga kali), jumlah isian minyak ialah 32 liter. Jadi, itu bermakna baki minyak dalam tangki ialah 8 liter.
  • KIRAAN: kapasiti tangki (liter) –  jumlah isian selepas lampu minyak berkelip (liter) = baki minyak simpanan (liter).
  • 40 liter – 32 liter = 8 liter.
  • Jika harga minyak RM2.05/liter, isian 32 liter ialah RM65.60. Jumlah baki minyak simpanan Myvi ketika lampu minyak berkelip pula ialah 8 liter.

7. BERAPA JAUH BOLEH BERGERAK DENGAN BAKI MINYAK SIMPANAN?

  • Bahagikan jarak perjalanan (350km) kepada jumlah indikator bar ketika lampu minyak berkelip/menyala.
  • CONTOH: Myvi – 8 bar, dan lampu menyala pada indikator bar ke-7.
  • KIRAAN: 350km / 7 bar = 50km/bar. Maksudnya, satu bar mampu memberikan jarak perjalanan kira-kira 50km untuk Myvi.
  • Jadi, anggaran jarak perjalanan untuk baki minyak simpanan Myvi ialah kira-kira 50km sebelum minyak habis.

PENGAJARAN

Tidak perlu panik melampau apabila nampak lampu minyak Myvi berkelip atau menyala. Sebabnya, kita ada baki perjalanan kira-kira 50km lagi untuk cari mana-mana stesen minyak terdekat. Tetapi ingat, jangan biasakan diri memandu dalam keadaan minyak hampir habis.

BACA >>> Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?

Kereta moden hari ini sudah siap ada meter anggaran jarak @ Range perjalanan sebelum lampu minyak kelip. Jadi sedikit sebanyak sudah boleh agak baki minyak simpanan kereta sendiri.

Cara sama juga boleh digunakan untuk motosikal! 😀

anggaran minyak rizab autotainment cara kira baki minyak minyak rizab Perodua Myvi tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025

2 Comments

  1. Hasbullah on 17/06/2019 11:32

    Proton iriz 1.6 minyak penuh tapi masih 1 bar keta tahun 2015 kenapa yerrr

    Reply
  2. Callmebaby on 27/04/2020 22:46

    Kiraan tuan tak begitu tepat dengan berpandukan bar tu. Kadang kadang lepas takat bar empty pun ,kereta masih boleh jalan. Sepatutnya kira pakai km/l. I ambil Contoh tuan, 350km pakai 32liter, anggap cara pemanduan masig sama, kereta ni pakai 350/32= 10.93km/l, so dalam tangki tinggal 8liter, 8×10.93= 87.5km boleh jalan lagi.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.