Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Beli Kereta Bukan Pasal Bayar Ansuran Bulanan Saja! Sara Myvi Pun Hampir RM1k Sebulan!
Autotainment

Beli Kereta Bukan Pasal Bayar Ansuran Bulanan Saja! Sara Myvi Pun Hampir RM1k Sebulan!

Han OthmanBy Han Othman15/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI orang bertanya, berapa kos sara kereta yang sebenar? Nasihat pakar kewangan, jangan beli kereta baharu kerana ia satu bentuk pelaburan susut nilai. Komitmen hutang bank kekal bertahun lama, sedangkan kondisi kereta dan nilai jual semula (resale value) merosot sebaik saja keluar bilik pameran. Kata pakar-pakar itu lagi, kalau terpaksa juga beli kereta, carilah kereta terpakai yang murah bayaran ansurannya.

Ini kerana membeli kereta bukan saja tentang kemampuan kita melangsaikan ansuran bulanan, tetapi juga kos senggara, baik pulih dan petrol. Jika kita membayar ansuran Perodua Myvi lebih kurang RM550 sebulan, kita sebenarnya turut menanggung kos-kos lain.

BACA >>> Perodua Myvi Dipilih Kereta Aras Mula Terbaik COTY Malaysia 2018

Sekarang, kami akan bantu anda merangka dan merancang serta membuatkan anda berfikir mengenai anggaran kasar kos sara kereta anda dengan menggunakan Perodua Myvi sebagai contoh kajian dan pengalaman penulis.

* Fakta di bawah cuma anggaran pengiraan kasar, tertakluk perbezaan faedah pinjaman, kos senggara, petrol, cukai jalan, insurans dan ansuran bulanan. Myvi dipilih atas pengalaman pemilikan penulis sendiri dan faktor populariti model itu, serta tiada niat negatif lain. Artikel ini terpakai untuk semua model.

1. PETROL

stres-isi-minyak-pandulajudotcomdotmy
Anggaran isian minyak penuh Myvi ialah RM66 (pada harga petrol RON95 – RM2.20/liter). Anggaran isian ialah ketika indikator minyak mula berkelip, bukan tangki kosong. Jika memandu normal dalam kelajuan 60-80kmj bagi jarak perjalanan ulang alik 50km sehari, penggunaan petrol mampu bertahan selama tujuh hari (Isnin – Ahad) dengan sekali isian penuh. Jarak 50km berdasarkan anggaran ulang-alik KL-Shah Alam yang menjadi jarak rutin biasa warga Lembah Klang.

Kos petrol: RM66*4 minggu = RM264/bulan atau RM3,168 setahun

NOTA: Kos petrol berubah mengikut harga minyak semasa dan jarak berkereta dari rumah ke tempat kerja, dan cara pemanduan. Memandu lebih 100kmj atau sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas membuatkan kos petrol meningkat.

2. SERVIS

servis-kereta-pandulajudotcomdotmy
Mengambil kira tempoh servis 6 bulan sekali (untuk minyak enjin 10,000km), ini bermakna kereta anda perlu disenggara sebanyak dua kali sepanjang setahun dan satu daripadanya ialah servis major. Andaikan purata servis biasa, RM250/servis dan servis major RM450.

Kos servis: RM250 (servis biasa) + RM450 (servis major) = RM700 setahun

Jika dibahagikan mengikut bulan, anda sebenarnya memperuntukkan kira-kira RM58.30/bulan untuk kos senggara.

3. CUKAI JALAN & INSURANS

myeg-renew-insurance-roadtax-pandulajudotcomdotmy
Walaupun cuma setahun sekali, jangan pula dilupakan belanja cukai jalan (RM70) dan insurans (anggaran purata RM600) untuk setahun.

Kos cukai jalan + insurans = RM770 setahun atau RM65/bulan

NOTA: Kos cukai jalan dan insurans berbeza mengikut tahun pemilikan dan nilai diskaun tanpa tuntuan (NCD).

4. LAIN-LAIN

polish-kereta-pandulajudotcomdotmy
Perbelanjaan ‘lain-lain’ ini ialah kos sampingan yang perlu anda keluarkan bergantung kepada ragam kereta. Misalnya, belanja cuci dan gilap kereta, tukar mentol lampu, ganti bilah pengelap (wiper), buat penjajaran dan imbangan (alignment and balancing) dan beli pewangi.

Tidak perlu banyak, anggarkan saja kos lain-lain = RM20/bulan atau RM240 setahun.

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap


BERAPA JUMLAH BELANJA BULANAN?

rancang-kewangan-pandulajudotcomdotmy
Inilah kos bulanan kereta anda:
Ansuran bank = RM550
Petrol = RM264
Servis = RM58.30
Cukai jalan & insurans = RM65
Lain-lain = RM20
JUMLAH KESELURUHAN = RM957.30


KESIMPULAN

Sekali lagi kami ingatkan. Ini cuma anggaran kasar mengikut jenis kereta, jarak penggunaan dan gaya pemanduan yang pastinya berbeza. Anggaran yang dibuat ialah berdasarkan model Perodua Myvi dengan jarak pemanduan lebih kurang 50km/hari dalam gaya pemanduan normal (60-80kmj).

Ini juga bukan belanja yang perlu anda keluarkan setiap bulan kerana sesetengah kos diperlukan dalam tempoh bulan tertentu. Misalnya, kos servis perlu dibelanjakan 6 bulan sekali (mungkin kurang atau lebih mengikut perbatuan), manakala kos cukai jalan dan insurans pula setahun sekali.

BACA >>> #SembangDeras: Bekas Graduan Mengaku Silap Besar Bayar Kereta Mahal Selepas Tamat Belajar

Anda mungkin kurang berbelanja pada bulan 1 dan 2, tetapi perlu berbelanja lebih pada bulan 3. Namun hakikatnya, ia tetap kos yang perlu anda belanjakan walaupun gaji anda mungkin ditampung bonus tahunan, elaun, atau komisen lain.

Jika gaji anda RM3,000 sebulan, anda sebenarnya sedang membelanjakan sepertiga gaji anda secara tidak sedar. Dari segi realiti kewangan, itulah kos sebenar sebuah kereta yang perlu anda tanggung setiap bulan. Jadi, berjimat sehabis mungkin ialah langkah terbaik. Selamat merancang kewangan dengan bijak!

ansuran Myvi autotainment kos petrol bulanan kos sara kereta kos servis bulanan rancang kewangan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimana Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah-Ubah?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

1 Comment

  1. Zaim Jemain on 16/06/2016 09:50

    Belum campur duit tol dan parking lagi tu huhuhu

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.