Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bentley Residences: Pangsapuri Mewah Siap Lif Kereta, Harga Lebih RM18 Juta Seunit!
Roda2

Bentley Residences: Pangsapuri Mewah Siap Lif Kereta, Harga Lebih RM18 Juta Seunit!

Abang HirataBy Abang Hirata01/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH ada jenama kereta mewah, hebat dan pelanggan hartawan, apa salahnya menceburi bidang hartahanah pula. Ini dilakukan Bentley Motors dengan menawarkan Bentley Residences di Miami, Amerika Syarikat (AS).

Menariknya, semua pembeli disediakan garaj untuk memuatkan empat kereta dan tempat pengecasan EV. Lebih mengujakan, akses ke garaj adalah menggunakan lif Dezervator yang dinamakan sempena Dezer Development, iaitu rakan pembangunan projek tersebut.

BACA >>> Tidak Terkesan Pandemik, Bentley Catat Jualan Tertinggi dalam Sejarah 102 Tahun!
BACA >>> Porsche 911 Sally Special yang Cuma Seunit Sahaja di Dunia Ini Dijual RM16.2 Juta!

Lif itu juga boleh membawa kereta dan penumpang dari bawah dan terus naik ke pangsapuri. Supaya lebih jelas, pemaju menyediakan lawatan secara maya untuk pelanggan merasai pengelaman tersebut sebelum pangsapuri itu disiapkan.

Berikut butiran mengenai Bentley Residences:

  • Bentley Motors dan Dezer Development mengumumkan kerjasama pada 2021 bagi membangunkan kediaman berjenama Bentley yang pertama.
  • Mempunyai 61 tingkat dan menawarkan pemandangan laut Miami.

  • Ada empat lif Dezervator dan pemandu berada dalam kereta untuk dibawa ke atas.
  • Setiap kediaman disediakan garaj yang boleh memuatkan tiga hingga empat kereta dalam pangsapuri, termasuk kemudahan mengecas.
  • Menggunakan pelekat RFID sebagai tanda pengenalan kereta dan diimbas automatik apabila sampai ke bangunan pangsapuri.

  • Sistem lampu canggih akan memberikan panduan kepada pemandu ke lif Dezervator yang betul untuk ke aras kediaman masing-masing.
  • Pemandu tidak perlu keluar dari kereta atau menekan sebarang butang.
  • Sistem lawatan maya dibuat menggunakan Unreal Engine, iaitu platform permainan dan grafik tiga dimensi (3D).
  • Pelanggan boleh merasai pengalaman maya sama ada secara berjalan atau berkereta.
  • Pelawat juga boleh meletakkan kenderaan di bahagian bawah bangunan.

Harga Bentley Residences bermula AS$4.2 juta (RM18.8 juta) dan dijangka siap pada 2026. Malah, pemilik boleh mengisi ruang kediaman dengan perabot Bentley dan semestinya kereta Bentley.

Dezer Development pula sebelum ini terlibat dalam projek Porsche Design Tower dan Residences by Armani/Casa. Projek sebegini dilihat berpotensi di negara kita. Misalnya di Pulau Langkawi, Kedah, kini menjadi lokasi banyak kereta mewah disimpan.

Kediaman itu boleh dijadikan rumah percutian dan lokasi simpanan kereta mewah. Tambahan pula sesetengah kereta mewah sudah menjadi objek pelaburan dengan harga semakin mahal.

BACA >>> #RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok
BACA >>> Bentley Home Newent Collection – Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Apartment Mewah Auto Terkini Bentley Bentley Motors Bentley Residences Dezer Development Pangsapuri Mewah Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.