Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Flying Spur (2020) Debut dengan Ciri Moden Klasik dan Kuasa Enjin 626hp
Roda4

Bentley Flying Spur (2020) Debut dengan Ciri Moden Klasik dan Kuasa Enjin 626hp

Abang HirataBy Abang Hirata12/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGMEN kereta premium banyak dicorak pengeluar terkenal seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi dan Lexus. Antara keunikan setiap jenama tersebut ialah karakter tersendiri yang membezakan satu sama lain.

Namun segmen tersebut tidak lengkap tanpa jenama British seperti Bentley Motors yang sudah berusia 100 tahun yang menawarkan aras kemewahan tersendiri. Jadi tidak hairan ia cukup digemari golongan diraja dan kenamaan. Satu model ternama jenama itu  ialah Bentley Flying Spur (2020) yang mana model generasi ketiga baru saja diperkenalkan 11 Jun lalu.

Dari segi rekabentuk, Flying Spur (2020) nyata sudah berubah daripada model besar kepada bentuk lebih slik dan sporty dengan rim 22 inci yang menyerlahkan lagi imej gah model ini.

BACA >>> Hyundai Group Lantik Pereka Lambo, Bentley Sebagai Ketua Pereka Baharu

SEDAN SPORT GT DENGAN CIRI MEWAH

Bentley menggelarkan Flying Spur (2020) sebagai sedan sport Grand Touring (GT) dan hadir dengan gabungan ciri mewah dan teknologi canggih. Model ini dijana enjin 6.0L Twin Turbo TSI W12 yang dibangunkan dan dipasangkan tangan di kilang Crewe, England, serta dipadankan transmisi klac kembar 8-kelajuan.

Enjin bertanda W12 ini merujuk kepada 12 silinder dengan saiz lebih pendek berbanding enjin V12 yang memberikan kelebihan dari segi pembahagian berat dan ruang kabin. Ia mampu menjana kuasa 626hp dan tork 900Nm itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.8 saat, dengan kelajuan maksimum 333kmj, manakala berat jentera 2,437kg.

Flying Spur (2020) ialah model Bentley yang dilengkapkan teknologi stereng semua roda Electronic All-Wheel Steering dan gabungan dinamik pemanduan Active All-Wheel Drive dan Bentley Dynamic Ride untuk pengendalian dan pemanduan cemerlang selain spring udara tiga kebuk untuk tetapan tahap keselesaan sama ada seperti kereta limosin atau sport.

BACA >>> Bentley Bentayga Speed (2020) Kini SUV Terpantas Dunia

DALAMAN MODEN, KEKAL IMEJ KLASIK

Selari teknologi masa kini, Flying Spur (2020) dilengkapi ciri bantuan pemanduan standard seperti Bantuan Trafik, Bantuan Bandar dan Amaran Titik Buta (BLIS). Ruang kabin dilengkapkan instrumen digital definisi tinggi (HD) dan skrin sentuh digital 12.3 inci, digabungkan bersama jarum meter untuk mengekalkan tema klasik. Khas untuk penumpang atau bos di belakang ialah papan skrin digital untuk kawalan suhu dan tetapan lain.

Rekabentuk dalaman Flying Spur (2020) lebih cenderung kepada rekabentuk moden, tetapi diadunkan bersama elemen klasik yang sinonim dengan ciri ikonik Bentley.

Keseluruhannya, Flying Spur (2020) baharu nampak moden dan lebih sporty, serta pada masa sama masih mengekalkan imej dan identiti dua model terdahulu. Model baharu ini tampak lebih segar dan tidak canggung untuk pemiliknya duduk sendiri di kerusi pemandu.

Keterujaan memandu Flying Spur (2020) semestinya pada kemewahan dan prestasi enjin berkuasa 626hp dan 900Nm!

BACA >>> Pemilik Bentley Bentayga Guna Cap Jari untuk Simpan Barang

GALERI
Bentley Bentley Flying Spur Bentley Flying Spur (2020) Bentley Flying Spurs Flying Spur Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.