Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Benelli 502C Pun Lancar di Malaysia, Harga RM31.5k Sahaja
Roda2

Benelli 502C Pun Lancar di Malaysia, Harga RM31.5k Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENELLI 502C melakukan debut tempatan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Selepas sembilan bulan, wakil pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia, MForce Bike Holdings Sdn Bhd kini rasmi melancarkan Benelli 502C ke Malaysia, khas kepada mereka yang sudah lama mengidamkan sebuah jentera streetfighter ala Ducati Diavel, tetapi pada harga mampu milik, serendah RM31,588 sahaja.

ENJIN 500cc DOHC

Jentera seberat 220kg ini dijana enjin 2-silinder 500cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 47.6hp @ 8,500rpm dan tork 46Nm @ 6,000rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum 160kmj.

HARGA MAMPU MILIK

Dengan garis badan agresif, 502C dijual pada harga RM31,588 (tidak termasuk insurans) dalam tiga pilihan warna: Metallic Red (merah metalik), Matte Black (hitam kusam) dan Metallic Black (hitam metalik).

BACA >>> #KLIMS2018: Benelli 502C aka Ducati Diavel Mini Lancar Suku Kedua 2019

CRUISER URBAN

Kehadiran cruiser urban ini diserlahkan menerusi rekabentuk badan elegan dan moden yang sesuai untuk tunggangan dalam kawasan bandar. Rupa depan dengan rekabentuk lampu utama ala tengkorak dan lampu siang (DRL) LED yang dipadankan dengan bar hendal lebar.

Keselesaan tunggangan disokong posisi peg kaki yang agak ke depan dan pelana lebar dengan jarak tinggi dari tanah 750mm. Saiz tangki minyak 21 liter (rizab 3 liter) mengurangkan kekerapan mengisi minyak untuk kegunaan harian dan pemasangan dua ekzos menawarkan bunyi prestasi yang mengujakan.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia

KESELESAAN TUNGGANGAN

Casis daripada tiub trellis memberikan kawalan tunggangan yang lincah dan dinamik. Bahagian suspensi dilengkapkan fork terbalik (USD) KYB (depan) dan monoshock KYB boleh laras (belakang) dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Keyakinan membrek dibantu  dwi brek cakera Brembo 280mm semi apung (depan) dan cakera 240mm (belakang), manakala bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).

BACA >>> Benelli 402S -Ducati Diavel Versi Mampu Milik

GALERI
Benelli 502C Malaysia
benelli Benelli 502C Ducati Ducati Diavel Ducati Diavel 1260 Kruiser MForce Bike Holdings Mforce Bike Holdings Sdn Bhd roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.