Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Batik Air Buka Laluan Baharu Pulau Pinang-Jakarta Bermula 1 Oktober 2024
Auto Terkini

Batik Air Buka Laluan Baharu Pulau Pinang-Jakarta Bermula 1 Oktober 2024

SyafieBy Syafie25/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BATIK Air bakal membuka lauan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Oktober 2024.

Laluan baharu ini akan menggunakan pesawat Boeing 737 milik Batik Air dalam pilihan konfigurasi dua kelas dengan menyediakan kemudahan lebih baik kepada pengembara perniagaan dan percutian selain menawarkan penerbangan harian pergi-balik pada hari sama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, penerbangan ini dapat meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan kepentingan pelancongan perubatan di Pulau Pinang yang menjadi destinasi utama untuk kemudahan kesihatan berkualiti tinggi.

Laluan baharu ini memudahkan pengunjung dari Indonesia mendapatkan rawatan perubatan, menawarkan perjalanan lancar dan mudah untuk menikmati penjagaan kesihatan yang baik. Menerusi penerbangan terus ke Pulau Pinang, pesakit akan dapat sampai ke destinasi lebih mudah tanpa melalui pelbagai sambungan penerbangan.”

“Kami melihat potensi besar dalam laluan ini. Pada 2023 saja, Pulau Pinang menerima lebih 160,000 pelancong Indonesia. Jumlah pelawat ramai ini membuktikan Indonesia sebagai pasaran utama, dengan golongan profesional muda dan keluarga tertarik dengan gabungan unik warisan budaya, perayaan dan makanan di negeri berkenaan.”

Berdasarkan data pejabat Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerima pelancong dari 40 negara sepanjang tahun lalu dan tertinggi, seperti berikut:

  • Indonesia (163,187 orang)
  • Singapura (74,800 orang)
  • Taiwan (15,602 orang)
  • China (13,029 orang)

Maklumat lanjut atau tempahan tiket boleh layari www.batikair.com

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Batik Air Kapal Terbang Laluan Baharu Batik Air Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Lapangan Terbang Soekarno-Hatta
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.