Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Basikal Tiada Loceng Denda RM2k, Guna Lebuh Raya Denda RM5k, Jel Setahun
Auto Terkini

Basikal Tiada Loceng Denda RM2k, Guna Lebuh Raya Denda RM5k, Jel Setahun

WahidBy Wahid20/10/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran mana-mana penunggang basikal yang menunggang di lebuh raya boleh dikenakan denda minimum RM1,000 hingga RM5,000, atau penjara 12 bulan. Bagaimanapun, aktiviti dimaksudkan itu adalah menunggang secara berkumpulan.

Kenyataan itu dibuat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim yang menurutnya, aktiviti berbasikal di lebuhraya hendaklah memenuhi kebenaran JSPT dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Penunggang yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika tidak mematuhi papan tanda jalan yang melarang basikal atas lebuh raya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala basikal boleh disita mengikut Seksyen 112(3).

Jika penunggang basikal didapati tidak memasang lampu depan dan belakang, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 35, iaitu sebahagian daripada Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dengan  denda maksimum RM2,000 atau penjara hingga enam bulan.

Malah, kegagalan penunggang memasang loceng dan brek juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 42, iaitu denda hingga RM2,000. Mat Kasim menjelaskan, polis tidak menghalang aktiviti berbasikal, tetapi harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

Beliau juga menasihatkan penunggang basikal memilih lokasi dan masa sesuai di luar waktu puncak bagi mengelakkan bersesak dengan kenderaan lain, termasuk menggangu kelancaran lalu lintas dan membawa risiko kemalangan. Pada masa sama polis juga meminta pemandu kenderaan lain supaya bertimbang rasa dan berhati-hati apabila terjumpa penunggang basikal.

Amaran berkenaan dikeluarkan berikutan isu kelompok basikal di lebuh raya kembali tular di media sosial susulan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Isu tersebut bukan saja menjadi keluhan dalam kalangan pengguna jalan raya, tetapi turut mencatatkan 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal sepanjang Januari hingga September lalu.

SUMBER: HarianMetro | BeritaHarian

Auto Terkini Datuk Mat Kasim Karim Denda Menunggang Basikal di Lebuh Raya Menunggang Basikal di Lebuh Raya PDRM Penunggang Basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026

    2 Comments

    1. Matt on 20/10/2021 20:45

      Assalamualaikum. Saya syorkan buat laluan khas basikal.

      Reply
    2. Shah on 21/10/2021 20:40

      baguslah, bawaklah basikal mcm tahun 60an. Segalanya mundur. MTB, bmx, lajak semua x boleh. Creatif sikit pon susah.Kita ubah Sekali lagi..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.