Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bapa Ferrari F40, Nicola Materazzi Meninggal Dunia pada Usia 83 Tahun
Autotainment

Bapa Ferrari F40, Nicola Materazzi Meninggal Dunia pada Usia 83 Tahun

Han OthmanBy Han Othman25/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JURUTERA Itali, Nicola Materazzi, yang juga dikenali sebagai bapa Ferrari F40 meninggal dunia kelmarin, 23 Ogos 2022 pada usia 83 tahun.

Sepanjang karier, Materazzi aktif menyertai pembangunan beberapa jenama automobil terkenal daripada Lancia, Ferrari dan Bugatti yang meninggalkan jejak nama yang pasti terpahat dalam dunia automotif.

BACA >>> Ferrari SP48 Unica – Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia

Beliau dilahirkan pada 1939 di wilayah Salerno, selatan Itali dan mendapat pendidikan kejuruteraan di Universiti Naples. Beliau sangat terkenal sebagai Ketua Jurutera di sebalik penciptaan Ferrari F40 (1987) yang dianggap sebagai antara supercar terhebat sepanjang zaman.

Namun, sebelum menghasilkan F40 dengan enjin V8 turbo-kembar (twin-turbo), Materazzi bertanggungjawab dengan model sebelum itu Ferrari 288 GTO (1984) yang bermula sebagai kereta projek rali Group-B.

Sebelum cemerlang bersama Ferrari pada 1980-an, Materazzi pernah bekerja di Lancia pada lewat 1960-an hingga 1970-an, termasuk pernah terlibat dalam pembangunan model jalanan jenama itu, Flavia dan Fulvia, serta kereta rali ikonik Stratos membabitkan kerja membangunkan trenkuasa, tetapan casis dan aerodinamik.

Awal 1990-an, jurutera Itali itu berhijrah ke Bugatti Automobil S.p.A di kilang Campogalliano sebagai pengarah teknikal Bugatti EB110 GT (1991), dan Bugatti EB110 SS (1992) sebelum projek firma itu ditamatkan.

Ramai pemerhati automotif menganggap itu sebagai penghujung cerita, tetapi tidak bagi Materazzi. Pada awal milenia, beliau terlibat dalam pembangunan B Engineering Edonis dengan menggunakan baki komponen daripada kilang Bugatti EB110 yang terbiar.

Video 24:10 minit di atas adalah temu bual Materazzi dengan wartawan permotoran Itali, Davide Cironi pada 2017 yang mana beliau berkongsi kemuncak kerjayanya bersama Ferrari dan Bugatti.

BACA >>> Ferrari 296 GTS (2022) – Kembar 296 GTB Versi Konvertibel
BACA >>> Ferrari F40 (1989) Versi ‘Restore’ Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini autotainment B Engineering Edonis Bugatti Automobil S.p.A Ferrari 288 GTO (1984) Ferrari F40 Lancia Nicola Materazzi videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
F1 2026 | GP Hungary
Formula Satu

#F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.