Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bajaj, Triumph Tandatangan Kerjasama Pakatan 24 Januari Ini
Auto Terkini

Bajaj, Triumph Tandatangan Kerjasama Pakatan 24 Januari Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Bajaj Auto dan Triumph Motorcycles bakal menandatangani kerjasama bukan ekuiti pada 24 Januari ini selepas kali pertama mengumumkan rancangan pembangunan motosikal baharu berenjin sederhana pada Ogos 2017, kira-kira dua tahun lalu.

Walaupun dua jenama itu masih belum menandatangani sebarang perjanjian akhir, eksekutif Triumph Motorcycle mengesahkan  prototaip awal sudah pun siap diuji. Ada juga laporan mendakwa produk pertama hasil kerjasama dua pengeluar itu akan disiapkan menjelang 2022.

BACA >>> Kerjasama Bajaj-Triumph Sasar Kuasai Pasaran Motosikal 250-700cc di India

Steve Sargent

Ketua Pegawai Produk Triumph Motorcycles, Steve Sargent (foto atas) berkata, Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj sudah melihat model tersebut dan masing-masing berpuas hati dengan produk motosikal berkenaan.

“Ini produk dalam segmen 250cc hingga 750cc yang menggunakan satu platform enjin dengan sesaran enjin berbeza untuk  segmen berlainan. Kami berbincang dengan Bajaj tentang spesifikasi yang diinginkan dan bersetuju dari segi prestasi, kuasa dan kapasiti.

“Kami tahu aspek penjimatan bahan api sangat penting di India. Bajaj ada banyak pengetahuan tentang pengguna India dan ia digunakan dalam projek ini,” katanya.

BACA >>> Rajiv Bajaj: Royal Enfield Buat Skuter, Baru Kita Buat!

Model Bajaj-Triumph buatan India itu juga akan dieksport ke pasaran luar seperti Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat. Bagi pasaran India pula, produk tersebut akan dijual menerusi wakil jualan Triumph dan pastinya model pemasangan tempatan (CKD) membolehkan Bajaj-Triumph menetapkan harga lebih kompetitif.

Di pasaran, produk itu akan bersaing dengan pesaing seperti Royal Enfield dan Harley-Davidson. Bagaimanapun, platform yang digunakan tidak boleh digunakan model-model asal Bajaj.

Bajaj Auto Bajaj-Triumph India pakatan roda2 Steve Sargent Triumph
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.