Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?
Auto Terkini

Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?

AryonBy Aryon28/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal India, Bajaj bakal melancarkan cruiser Avenger Street 180 versi dipertingkat yang dibekalkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi tiada maklumat harga didedahkan. Beberapa media di sana menjangka model itu akan dijual antara Rs6,000 – Rs7,000 (RM300-RM400) lebih mahal berbanding Avenger Street 180 bukan ABS.

Pada masa sama beberapa pengedar di Pune, barat India dilaporkan sudah mula menerima tempahan tidak rasmi untuk model versi kemas kini itu. Kemas kini terbaharu itu menyaksikan semua barisan produk Bajaj akan mematuhi regulasi keselamatan India yang berkuat kuasa 1 April nanti.

Regulasi baharu itu mensyaratkan setiap motosikal di atas 125cc dipasangkan ABS sebagai ciri standard. Selain ciri keselamatan tersebut, dijangka  tiada apa yang berubah tentang Avenger Street 180.

ENJIN KEKAL SAMA

Avenger Street 180 dilengkapi skrin gelap, lampu siang (DRL) LED, bahagian mekanikal serba hitam dengan kemasan perak, dan rim aloi. Cruiser ini dijana enjin silinder tunggal 180cc penyejukan udara berkuasa  15.2hp @ 8,500rpm dan tork 13.7Nm @ 6,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan.

Avenger Street 180 masih mengekalkan suspensi konvensional, iaitu fork teleskopik dan absorber kembar di belakang. Tuga membrek diuruskan brek cakera tunggal 250mm di depan dan brek dram 130mm di belakang. Rim 17 inci (depan) dan 15 inci (depan) masing-masing dibaluti tayar  90/90 dan 130/90.

Bagi peminat motosikal di Malaysia, kelibat Avenger Street 180 ini pasti mengingatkan kita kepada Modenas Jaguh. Apakah dan mungkinkah? Hmmm…

Apapun, kita layan dulu gambar Avenger Street versi bukan ABS sebelum ini. Rekabentuk versi ABS masih sama, sebab yang berubah cuma ia dipasangkan ABS. Malaysia bila pula nak wajibkan ABS untuk semua motor?

GALERI

SUMBER: ZigWheels

bajaj Bajaj Avenger Street 180 cruiser India Modenas Modenas Jaguh Poster Acah roda2 teaser
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.