Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bagus Sangat Ke Diesel Euro5 BHPetrol? Euro5 Itu Apa Sebenarnya?
Auto Terkini

Bagus Sangat Ke Diesel Euro5 BHPetrol? Euro5 Itu Apa Sebenarnya?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JIKA anda sering mengunjungi stesen BHPetrol, anda pasti perasan akan ada satu pam tambahan berwarna biru bersebelahan pam diesel biasa berwarna hitam. 

Buat pengetahuan anda, pam biru itu adalah Diesel Infiniti Euro5 daripada BHPetrol. Jika anda ingin tahu apakah diesel Euro5 dan adakah ini diesel yang bagus, artikel ini ada jawapannya.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?

TENTANG EURO 5

Majlis Pelancaran Euro5 BHPetrol, 2014

Euro5 adalah gred diesel lebih tinggi dan maju berbanding diesel ditawarkan sebelum ini. Ia diformulasikan dengan sistem aditif premium dari Jerman dengan kandungan sulfur jauh lebih rendah serta lebih bersih daripada diesel biasa.

Euro5 sudah pun digazetkan Kerajaan sejak 2020 sebagai gred diesel yang perlu ada pada semua stesen syarikat petroleum di Malaysia. Menariknya, BHPetrol adalah syarikat petroleum pertama menawarkan diesel ini di Malaysia iaitu sejak 2014 lagi. 

KELEBIHAN DIESEL EURO5

  • Efisien

Kandungan Diesel Euro5 yang lebih bersih dan berkualiti mampu mengoptimumkan prestasi enjin dengan mencuci segala deposit terkumpul dalam kereta. Apabila kuasa disalurkan dengan lancar, enjin dapat bekerja dengan lebih efisien.

  • Jimat Minyak

Apabila enjin dapat bekerja dengan lancar dan efisien melalui penggunaan diesel berkualiti, secara langsung penggunaan minyak juga dapat dijimatkan kerana pembaziran tenaga berjaya dikurangkan pada tahap minimum.

  • Kadar Emisi Lebih Rendah

Kandungan sulfur pada Euro5 yang lebih rendah menyebabkan kadar emisi dikeluarkan kenderaan juga berkurang. Ini menjadikan diesel Euro5 pilihan lebih baik untuk menjaga alam sekitar.

KENAPA KENA PILIH EURO5?

Selain kualiti lebih baik, sesetengah pengeluar kereta sendiri menetapkan bahawa model diesel dengan enjin masa kini perlu menggunakan diesel Euro5. Ini adalah untuk mengekalkan prestasi serta mengelakkan enjin kehilangan kuasa lebih dari dua peratus. 

Tahukah anda, Mazda CX-5 Diesel adalah antara model yang wajib menggunakan Euro5.

Diesel Infiniti Euro5 ditawarkan BHPetrol pula menepati piawaian ditetapkan pengeluar dengan purata kehilangan kuasa hanya pada 1.6 peratus sahaja. 

Purata kehilangan kuasa yang sangat rendah ini jelas menunjukkan diesel Euro5 daripada BHPetrol adalah pilihan terbaik. Jika kereta diesel anda boleh menerima gred diesel lebih rendah pun, tidak salah untuk menggunakan diesel Euro5 untuk memastikan kereta mampu bertahan lebih lama.

KESIMPULAN

Kualiti bahan api diesel Euro5 daripada BHPetrol yang mempunyai purata kehilangan kuasa sangat rendah menjadikan ia sebagai pilihan wajib kepada pengguna kereta diesel. Selaku syarikat petroleum pertama membawa diesel Euro5 ke Malaysia, BHPetrol pastinya lebih berpengalaman dan mempunyai kualiti diesel terbaik.

Memandangkan diesel Euro5 baru sahaja diwajibkan Kerajaan tahun lalu, mungkin ada terdetik kerisauan andai diesel Euro5 ini susah didapati. Jika anda ada perasaan ini, lupakan sahaja kerana BHPetrol sudah pun menawarkan diesel ini pada lebih dari 200 stesen minyak syarikat itu di seluruh Malaysia. 

Jadi, jika anda sayang kereta anda dan inginkan diesel Euro5 terbaik, isi sahaja di BHPetrol.

BACA >>> BHPetrol Lancar Kempen Tabung Pahlawan untuk Bantuan Bekas Tentera
BACA >>> Infiniti RON95 Euro4M Kini di 400 Stesen Minyak BHPetrol Seluruh Negara

Auto Terkini BHP BHPetrol diesel diesel euro5 Diesel Infiniti Euro5 Minyak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.