Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoShanghai2025: SUV Off-Road Jetour T2 Masuk Malaysia Tahun Ini
Roda4

#AutoShanghai2025: SUV Off-Road Jetour T2 Masuk Malaysia Tahun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JETOUR T2 bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, sebagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) dari China. Model SUV segmen-C itu membawa imej tradisi kenderaan off-road dalam wajah moden.

Ketika berkunjung ke China untuk menghadiri pameran Auto Shanghai 2025, kami berpeluang melihat beberapa varian T2 seperti Edisi Khas Nexus Sentinel dan Stargazer Air pada majlis makan malam. Ada juga versi Jetour T2 Cheetah.

Di pekarangan hotel kami diami, versi prototaip pemanduan kanan (RHD) T2 juga dipamerkan tetapi kami tidak dibenarkan memasuki kabin untuk membuat mengambil gambar atau video.

Mengenai trenkuasa, Jetour T2 menawarkan pilihan trenkuasa hibrid (PHEV) dalam dua pilihan enjin petrol seperti berikut:

PHEV

  • Trenkuasa petrol 1.5L turbo yang dipadankan motor elektrik dan transmisi DHT 3-kelajuan, serta dilengkapi pek bateri 26.7kW. Kuasa keseluruhan 375hp dan tork 610Nm.

PETROL

  • Trenkuasa petrol 1.5L turbo yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan output kuasa 184hp dan tork 290Nm.
  • Enjin petrol 2.0L turbo dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang menawarkan output kuasa 254hp dan tork 390Nm.

Jetour T2 memiliki gaya badan berkotak dengan lencana jenama dipaparkan melintang atas gril panjang di depan. Lampu utama bersegi empat berasaskan lampu LED dan turut dipasang cladding yang memberikan penampilan lebih rugged.

Sistem pacuan menggukan semua roda (AWD) yang dipanggil XWD, dan dihasilkan Jetour sendiri serta ditambah diferensial gelincir terhad (LSD) elektronik dan beberapa mod pilihan seperti Rain (hujan), permukaan bumi longgar dan Mud (lumpur).

Suspensi menggunakan strut MacPherson (depan) dan multi-link di belakang, manakala aspek keselesaan kabin nyata baik.

SUV kompak itu mampu meredah kedalaman air hingga 700mm dan memiliki dimensi panjang 4,785mm, lebar 2,006mm dan tinggi 1,875mm, manakala jarak roda 2,800mm.

Jetour T2
Jetour T2
Auto Shanghai 2025 Auto Terkini Crossover jetour T2 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.