Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PREVIU: Isuzu ELF Serba Baharu (2014)
Auto Terkini

PREVIU: Isuzu ELF Serba Baharu (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/04/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1190486

ISUZU Malaysia terus mengorak langkah mengukuhkan kedudukan dalam industri pengangkutan trak komersial menerusi pelancaran barisan N-Series serba baharu. Dikenali sebagai Isuzu ELF, trak generasi keenam ini adalah model baharu sepenuhnya meliputi rekabentuk, platform, casis, enjin dan kosmetik.

ELF hadir dengan tiga model pilihan, NLR untuk empat tayar, NPR (6 tayar) dan NQR (6 tayar) yang dijual antara RM92,593 hingga RM105,923. Direka dengan kemampuan mengangkut muatan maksimum, ketiga-tiga model trak memiliki ciri rekaan termaju yang menawarkan nilai tambah kepada pengguna.

P1190485

P1190478

Berbanding generasi terdahulu, ELF menerima penambahbaikkan ketara termasuklah aspek keselesaan, ruang, prestasi, enjin dan keselamatan. Ia juga trak tugas ringan pertama di Malaysia yang menepati piawaian ketat standard keselamatan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah (UNECE).

KOMITED DAN YAKIN

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kimitoshi Kurokawa berkata, pengenalan trak terbaru ini jelas membuktikan komitmen syarikat dalam usaha menambahkan lagi barisan trak komersial demi memenuhi permintaan pasaran semakin tinggi.

” Rekaan termaju, kejuruteraan mengagumkan dan ciri berorientasikan pemandu yang cemerlang memastikan Isuzu ELF terus menjadi trak pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia.

” Saya yakin Isuzu ELF akan terus menguasai carta jualan dan kekal menjadi trak tugas ringan kegemaran ramai. Kami menyasarkan penjualan 6,500 unit bagi segmen trak tugasan ringan sehingga hujung tahun ini dengan sasaran jualan 1,500 unit bagi model ELF,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu, Daisuke Ishida dan Ketua Jurutera Trak Tugasan Ringan, Yuichi Ishida dan Ahli Lembaga Pengarah Isuzu Motors Limited, Ryozo Tsukioka.

1-300-88-1133 500 unit Isuzu Isuzu ELF Isuzu Malaysia Isuzu N-Series Sasar 1 www.isuzu.net.my
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.